26

279 45 40
                                    

Chapter ni so-so je guys.

Btw, bagi respons dekat akhir chapter ni ye!

<33

---

"Apahal kau tak beritahu aku yang kau dah kahwin? Kawan jenis apa kau ni? Kawan makan kawan!?"

"Eh? Sejak bila aku makan kau!? Aku makan Bella je."

bedebuk!

Kuat Bella menyiku bahu Minho sehingga lelaki itu hampir terjatuh. Di hadapan Bella, ada Yiren yang sejak tadi tertunduk sedih dan Yoobin yang segan melihat wajah wanita itu. Bella pula kekal dengan posisinya yang melipat tangan di dada dan melihat tajam kearah dua gadis muda itu. Bukan dengan tatapan benci, tetapi tatapan ingin tahu bagaimana Yoobin boleh ada di sini dan mengapa Minho tidak beritahu kalau akan ada rakan perempuannya juga di sini.

"Minho, boleh pisah meja sekejap? Saya nak borak dengan Yoobin dan dia." Sambil menunjuk kearah Yiren, Bella berkata. Minho melihat sekilas kearah isterinya lalu melihat pula kearah Changbin. Ragu untuk dia mengangguk, namun tatapan Bella terlihat begitu hangat dan tenang. Perlahan Minho mengangguk.

"Saya dengan Changbin duduk dekat luar sekejap." Maka bangkitlah dua orang lelaki itu san beredar keluar dari kedai.

"Jadi.. Boleh saya tahu apa hubungan awak dengan Minho?" Jika dibayangkan, pasti sangat mustahil. Tapi sumpah, sekarang budi bicara Bella sangatlah sopan dan lembut. Sama tarafnya ketika dia sedang berbicara dengan Jisung. Yiren perlahan-lahan mengangkat wajahnya lalu menatap Bella.

"Saya bekas teman wanita Minho.. Masa sekolah dulu." Perlahan suaranya ketika menyebut kalimat terakhir. Bella menghela nafas lega. Dia sudah mengagak masalah antara Yiren dan Minho. Apalagi kalau bukan,

"Cinta monyet lah ni. Tak apalah, tak penting. Oh waktu sekolah? Putus sebab apa?" Mata Yiren terlihat berkedip beberapa kali. Soalan Bella tadi sepertinya begitu sensitif. Buktinya, Yiren tak mahu menjawab dan memilih untuk bangun dan pergi. Namun sebelum pergi, sempat dia meninggalkan kata-kata terakhir pada Bella,

"Tahniah atas perkahwinan awak. Beritahu Minho, jangan buat perempuan jatuh cinta kalau tak ada niat nak miliki dia." Lalu dia pun pergi. Sepertinya, malam ini akan jadi malam yang panjang untuk Bella dan Minho. Dia ingin mengetahui kisah silam lelaki itu.

"B..Bella-nim, saya-"

"Hyunjin macam mana? Dah kena tangkap? Awak ada buat laporan tak atas tuduhan mengugut?" Mata Yoobin terkebil-kebil mendengar soalan Bella yang bertubi-tubi itu. Perlahan dia menggeleng sebagai jawapan untuk soalan-soalan tadi. "Saya taknak bahas lagi tentang masalah lama. Sekarang ni, lebih baik awak buat apa yang patut." Pesan Bella.

"Saya tak ada bukti, Bella-nim. Saya masih tersepit dengan ugutan Hyunjin. Dia selalu perhatikan saya dari jauh. Alasan saya boleh ada dengam Changbin pun, sebab tadi Hyunjin kejar saya. Changbin lah yang tolong saya dari kena tangkap dengan Hyunjin. Saya tak berani lawan dia, Bella-nim. Kalau tidak.."

"Beritahu, Yoobin. Kalau tidak, apa? Apa yang buat awak takut sangat dengan Hyunjin? Apa ugutan yang dia buat?" Hembusan nafas yang berat, Yoobin lepaskan. Telefon dia poketnya pantas dia keluarkan. Galeri dibuka lalu telefon tersebut dihulurkan pada Bella.

© MY SIRIUSWhere stories live. Discover now