4

372 43 21
                                    

Hi semua! Sorry tak update semalam and kelmarin.

Yeon target nak dapat 20 views untuk chapter 3 tapi 18 je mampu. Untuk chapter ni, harap dapatlah capai 20 views. Lepas tu, baru yeon pub chapter baru.

Happy reading guys! <3

---

"Kenyang?" Soal Minho. Wanita di hadapannya ini mengangguk.

"Thanks." Datar Bella berkata. Dia sudah kekenyangan menyantap ramyeon buatan Minho. Pada mulanya, dia menolak dengan sombong. Namun, selepas Minho selesai memasak, Bella tidak mampu lagi menolak. Jadi dia pun menebalkan muka dan makan saja ramyeon tersebut.

Alasan Bella patah balik semula ke rumah adalah, dia lupa kalau kunci apartment nya tertinggal di bilik. Jadi kerana itu dia terpaksa berpatah balik ke rumah. Bagaimana Minho boleh tidak perasan dengan kepulangan, Bella?

Bella sebenarnya sudah lama ada di luar rumah. Hanya saja dia begitu malas untuk masuk kerana melihat ada motor Minho di halaman rumah. Namun selepas dia lihat lelaki itu keluar dan mengalihkan motor itu, Bella langsung keluar dari kereta dan cuba masuk rumah sebelum Minho bertembung dengannya. Namun nasib tidak menyebelahi Bella. Dia tersekat di depan pintu kerana tombol pintu tiba-tiba susah diputar.

"Pukul 11 dah? Patutlah aku ngantuk." Beg tangan dicampak terus ke sofa. Tanpa menanggalkan bajunya, Bella terus merebahkan badan di atas katil. Ini menunjukkan kalau wanita itu benar-benar kepenatan dan memerlukan rehat.

Di luar, Minho sudah masuk ke dalam biliknya. Dia tidak berhenti tersenyum teringat akan Bella yang puas menyantap makanan buatannya. Alasan dia tawarkan diri untuk masakkan Bella makanan adalah, Minho tergoda melihat Bella yang tadinya memakai dress satin bersama mesh yang membuat tubuh badannya terdedah. Jadi kerana ingin melihat lebih lama, dia pun sengaja mengajak gadis itu makan.

"B..Bella.. A..Ah.."

---

"Bella pergi dulu." Wanita itu tidak menyempatkan diri langsung untuk duduk bersarapan bersama keluarganya. Melihat wajah Minho di meja makan membuat Bella ingin muntah. Dia sendiri menyesal kerana telah memakan masakan lelaki itu malam tadi. Bella segera berangkat ke tempat kerja kerana dia sudah agak lewat. Mungkin kerana tidur terlalu lambat semalam.

Sampai saja di butiknya, Yoobin terlihat sedang berborak dengan seorang pelanggan. Bella tidak tahu itu siapa kerana dia menghadap belakang. Ketika Bella mendekati Yoobin, pelanggan itu berbalik ke belakang. Bella dan si pelanggan hampir berlanggar kerana jarak mereka sangat dekat.

"Eo?" Bella melihatnya si gerangan.

"Joo Bella?" Si pelanggan memanggilnya. Bella tampak hairan kenapa pelanggan itu seperti terkejut selepas melihat Bella. Beberapa saat selepas mereka berdua mendiamkan diri, Bella terus meminta diri untuk masuk ke ruangannya. Ikutkan hati, ingin dia berborak ringkas dengan si pelanggan. Tapi pelanggan itu bertingkah aneh pula.

"Tuan Hwang, tuan boleh balik. Nanti saya akan buat semakan semula untuk pengubahan yang Tuan Hwang minta." Lelaki yang dipanggil Tuan Hwang tadi lantas mengangguk faham. Ketika dia ingin pergi, beberapa kali juga dia menoleh sambil melihat pintu ruangan Bella. Yoobin sendiri hairan dan curiga. Siapa agaknya lelaki itu.

Yoobin menyemak semula senarai pengubahan yang ditulis oleh Tuan Hwang tadi. Ada beberapa hal yang menurut Yoobin sedikit tidak masuk akal. Tuan Hwang ingin menggabungkan dua bunga yang sama jenisnya tetapi beza warnanya. Iaitu mawar merah dan mawar hitam. Tidak pernah mereka mendapat tempahan seperti ini.

© MY SIRIUSWhere stories live. Discover now