31

424 42 5
                                    

This chapter has been edited.

Safe to read hahahaha

---

Mereka berdua sudah berada di Busan. Sudah juga berada di hotel tempat mereka menginap. Bella sedang berehat di katil sambil melihat pandangan senja yang indah dan tenang. Minho pula sedang menyusun beg dan barang yang lain. "Sayang! Lapar tak?" Soal Minho sebaik saja melabuhkan punggung di sebelah Bella.

Wanita itu menggeleng. "Awak lapar ke?" Soal Bella pula. Minho menggeleng sama.

"Kalau macam tu, malam nanti sajalah makan. Saya masak." Ujar Minho. Bella merangkak ke arah suaminya lalu dia meletakkan kepala di atas peha Minho. Mereka bersama melihat ke tingkap yang menujukkan matahari yang sedang perlahan-lahan terbenam. Tangan Minho bermain-main pada pinggang wanita itu. Pandangan mereka berdua betul-betul terkunci pada indahnya langit yang kian bertukar oren dan merah.

"Minho, saya nak candlelight dinner malam ni."

---

Lilin sudahpun dibakar oleh Minho. Makan malam mereka pada malam ini adalah steak yang dipesan oleh Minho. Walau pada awalnya Minho ingin memasak, namun Bella berkata lain. Dia tidak mahu suaminya itu kepenatan. Jadi kerana itu mereka membuat pesanan sahaja. Minho hanya menyediakan meja dan kerusi juga dua batang lilin untuk mewujudkan permintaan isterinya petang tadi.

Jarum jam tepat berada di nombor sepuluh. Minho sudah kacak dengan suit merah baldunya.

Dia hanya sedang menunggu Bella yang tak kunjung keluar dari bilik tidur mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia hanya sedang menunggu Bella yang tak kunjung keluar dari bilik tidur mereka.

"Minho." Kepalanya menoleh lekas ke arah suara yang memanggil.

"O..Oh.." Hampir gugur jantung lelaki itu melihat pakaian yang isterinya kenakan. Biji halkumnya bergerak menandakan dia sedang berusaha menelan air liurnya. Tajam matanya melihat sang isteri yang terlihat begitu indah. Tambah pula dengan cahaya yang malap kerana hanya dibantu oleh cahaya lilin saja.

"Jangan bagi saya tatapan macam tu. I know I look different." Ujar Bella seraya berjalan mendekati Minho. Punggung dilabuhkan pada kerusi hadapan suaminya. Minho tidak berhenti menatap pakaian Bella yang begitu menawan. Bella tidak kisah jika Minho mahu menatapnya, tetapi dia risau kalau dirinya pula yang terasa malu dan segan.

Gaun Bella yang berwarna putih dan berkilau itu membuat dia terlihat semakin cantik.

"Ini baju nikah kita, kan?" Soal Minho dengan suara yang terdengar sedikit teruja.

"Iye." Perlahan Bella menjawab. Suaminya tersenyum tipis. Mereka berdua akhirnya menyantap makanan yang sudah lama terdedah.

Keduanya menyantap sambil berborak ringan. Topik-topik yang diborakkan pun agak menarik, kerana Bella meminta Minho menceritakan tentang masa lalunya yang masih tidak terungkap.

© MY SIRIUSWhere stories live. Discover now