9

303 40 4
                                    

I fall in love with Jennie Kim :')

She's so beautiful and soft but can be rough sometimes. She just so precious.
ㅠㅠ

People send hate towards her cause they ain't her. Pity them :')

Btw, enjoy reading! ♡♡♡
---

"Sekejap saya panggilkan Bella-nim." Yoobin segera memanggil bosnya. Bella keluar dan bersedia untuk bertemu dengan pelanggan yang dikatakan oleh Yoobin.

"Ye tuan? Ada apa nak bertemu saya?" Lelaki di hadapannya melihat Bella tajam. Bella sedikit takut sebenarnya. Ini kerana, mata kiri lelaki itu ada parut yang agak panjang. Tatapan lelaki itu juga sangat intense dan menyeramkan. Namun Bella cuba untuk tetap berlagak santai.

"Joo Bella?"

"Ye saya."

"O..Oh saya Bang Chan. Abang kepada CEO Hwang Hyunjin. Hari ini tarikh pengambilan bunga kan? Hyunjin minta tolong saya untuk ambilkan tempahan." Selepas lelaki itu tersenyum, barulah Bella boleh kembali tenang. Senyuman lelaki itu manis. Jadi parut tadi juga turut kelihatan sama manisnya.

"Ye betul hari ini tarikh ambil bunga. Tapi macam mana Tuan Chan nak bawa? Tuan Hyunjin pesan 100 jambak bunga. 50 mawar merah dan 50 mawar hitam. Atau Tuan Chan ada bawa kawan?" Bangchan lantas menggeleng. Dia segera menunjukkan kereta hitam besar yang berada di hadapan kedai.

"Awak tolong saya masukkan dalam kereta boleh? Nanti bila sampai ke pejabat Hyunjin, ada orang akan tolong bawa semuanya." Bella dan Yoobin mengangguk kecil. Mereka bertiga bersama masukkan bunga-bunga tersebut ke dalam kereta Bangchan. Setelah berjaya sumbatkan semuanya, Bangchan sempat menahan Bella.

"Ye, ada apa lagi Tuan Chan?"

"Hyunjin jemput awak untuk datang majlis penyambutan ucapan tahniah malam besok. Kalau tak keberatan, saya akan jemput awak malam besok. Boleh?" Oleh kerana tak mahu terlihat biadap, Bella lantas tersenyum tipis.

"Saya tak boleh ikut. Ada beberapa hal penting malam besok." Jelas Bella dan tanpa menunggu lama, wanita itu segera masuk dan lekas menutup pintu butik. Bangchan tidak mengejarnya. Dia sudah cukup kenal dengan Bella. Wanita keras kepala itu tak mudah untuk dilembutkan.

"Masih sama ternyata.."

---

"Jisung, ini rumah Bella. Bukan rumah aku. Jadi kalau tinggal sini, kau kena beradab. Ingat, aku bagi kau kemudahan sebab kau pernah tolong aku dulu. Bella jenis yang garang dan cakap lepas. Jadi kau kena banyak sabar." Lelaki berambut pirang itu melilau melihat setiap sudut rumah ini.

P/S : Rumah dia berdua sama macam dalam MV Ex <3

"Rumah besar macam ni tinggal berdua saja? Kau biar betul, hyung." Tak logik bagi Jisung kerana rumah yang mampu memuatkan 15-20 orang ini hanya di duduki oleh dua orang manusia saja. Dengan rasa teruja, Jisung naik terus ke atas dan menuju ke salah satu bilik yang ada.

"Eh! Itu bilik Bella. Kau masuk bilik ni. Kita sebilik." Riak wajah Jisung bertukar hairan.

"Kau tak tidur sekatil dengan isteri kau, hyung? Suami isteri macam apa kau berdua ni? Peliknya!" Jelingan dilemparkan pada Jisung. Minho mendorong tubuh Jisung agar masuk terus ke dalam biliknya. Malas hendak melayan pertanyaan rakannya itu. Buat habis waktu dan air liur saja.

© MY SIRIUSWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu