8

325 42 17
                                    

APA AZAM KORANG PADA TAHUN 2021 NI!?

Marilah share share ㅎ.ㅎ!

---

"Yoobin, kamu balik naik teksi—"

"Ibu!" Segera Bella menghentikan pembicaraan si ibu. Niat ibu hanya ingin mempunyai waktu yang tertutup bersama anak dan menantunya. Ada beberapa hal yang ingin kedua orang tua itu ingin bincangkan. Namun, kehadiran Yoobin di situ membuat keadaan sedikit sulit.

"Oh Bella-nim, saya boleh tunggu di luar. Tak apa." Yoobin tersenyum lebar. Lantas dia bangkit dan melangkah keluar dari rumah keluarga Joo. Bella sempat menghalang, namun ibu menahannya dan membiarkan saja Yoobin pergi. Kini tinggal lah mereka berempat.

"Ada apa yang penting sangat sampai Yoobin tak dibenarkan dengar? Selalunya, ayah dengan ibu suka libatkan Yoobin dengan semua hal yang berkaitan dengan Bella. Kenapa malam ni tiba-tiba pula tak boleh?" Baik ibu dan ayah, sama-sama menghela nafas berat. Ayah mencapai kacamata yang tergantung di alur bajunya. Segera dia sarungkan ke mata.

"Ayah dengan ibu nak bincangkan tentang anak. Bella—"

"Ayah—"

"Dengar dulu, Bella!" Ayah menegah. "Ayah tahu Bella tak mahu ada anak dalam masa terdekat ni. Tapi, selepas dua tahun nanti, ayah dan ibu nak dengar berita baik dari Bella. Ayah percaya, Minho dan Bella faham maksud ayah. Dua tahun waktu yang cukup lama untuk kamu belajar mencintai satu sama lain." Bella mendengus kesal.

"Macam mana nak belajar mencintai kalau kami berdua belum jatuh cinta pun? Ayah, sebelum Bella kahwin, ayah tak ada cakap atau bincang pun tentang anak. Kenapa Bella rasa macam Bella ni lembu kena cucuk hidung? Kenapa Bella kena ikut semua yang ayah nak!?" Tingginya suara Bella membuat setiap ruang di dalam rumah ini bergema akan suaranya.

Ayah bangkit dari sofa. "Cakaplah apa yang Bella nak. Ayah dah selesai dengan bicara ayah. Ayah beri kamu berdua dua tahun maksimum. Selepas itu, ayah dan ibu mahukan cucu. Dan lagi satu, Bella. You're my daughter. My one and only daughter. You know I'm a type of person that will never do such a stupid things. I have my own reason for doing this. Jadi ayah harap, Bella faham."

Ayah segera beredar. Ibu membuntuti ayah naik ke atas. Wanita itu sudah mengepal tangannya kegeraman. Tidak, dia tidak faham. Dia tidak boleh memahami alasan ayahnya buat begini. Bella mencapai beg tangannya dan terus keluar dari rumah. Sang suami turut sama membuntutinya dengan wajah yang tegang dan hati yang bergetar.

"Bella oh Bella. Keras kepala."

---

Bella dan Minho kini dalam perjalanan pulang. Yoobin sudah selamat dihantar pulang ke rumahnya. Di dalam kereta, mereka berdua senyap membisu. Minho yang duduk di kerusi penumpang fokus melihat jalan seolah-olah dia pula yang bawa kereta. Bella pula masih cuba pecahkan teka teki tentang permintaan ayahnya. "Ingat kahwin ni semua tentang anak ke." Perlahan dia berbisik.

"Ha apa dia?"

"Ha apa?"

Bella dan Minho melihat satu sama lain. Minho fikir Bella sedang berbicara dengannya, jadi dia bertanya untuk memastikan. Bella yang turut kehairanan lantas menoleh kearah suaminya. Hampir lima saat juga mereka bertatapan. Tapi selepas mendengar bunyi hon dari belakang, Bella terus tersedar.

© MY SIRIUSWhere stories live. Discover now