15

308 49 17
                                    

I miss my old wattpad friends.

Ash, Kak Danee, Seul, Yeseul, Eun
Asy, Ubin, Ipah

Eh ramai lah. Tapi semua hilang bagai ditelan bumi. Mana doh korang

ㅠㅠㅠㅠㅠㅠㅠ

Active dekat whatsapp je! HAHAHAHHA stress haku.

---

"Jerawat naik, tapi tak period pun." Bella menggigit kukunya dalam keadaan resah gelisah. Sudah tiga minggu datang bulannya lewat sampai. Tapi Bella tidak mempunyai apa-apa simptom menandakan kalau dia mengandung. Dia tidak muntah ataupun mabuk. Hanya saja dia kerap kali ingin bermanja dengan Minho akhir-akhir.

Sampai dia sendiri naik geli. Bella tak faham kenapa dengan Minho pula yang dia tertarik. Bukankah seharusnya Bangchan. "Lapar.." Perlahan dia mengadu. Bella turun ke dapur untuk memasak apa-apa. Namun sebaik saja sampai, terlihat Minho sedang memasak sesuatu.

"Awak masak apa?" Soalnya seraya berjalan mendekati lelaki itu. Minho memberi senyuman lebar dahulu kepada Bella sebelum menjawab.

"Sarapan untuk Jisung. Kejap lagikan dia nak pergi sekolah. Awak nak juga ke?" Lembut si suami bertanya. Dengan anggukan yang malas dan mata bersinar, wanita itu mengangguk. Minho segera masakkan untuk isterinya juga. Selepas Bella beredar dari dapur, Minho diam berfikir.

"Dah seminggu manja tak berhenti. Mengandung ke?" Sempat dia curi-curi pandang Bella yang sedang bermain dengan Dori. Sekarang ini bukan Bella saja yang gelisah. Tapi Minho juga. Dia ingin tahu adakah sangkaannya tepat? Kalau tepat, mengapa Bella seolah-olah tak sedar kalau dirinya mengandung. Kira-kira ini yang Minho fikirkan.

Dia ruang tamu, Bella ditemani Jisung yang sedang duduk di meja makan sambil menunggu sarapan paginya. "Noona, kenapa noona nampak lain?" Mata Bella membulat. Terkebil-kebil dia mendengar kalimat Jisung tadi. Ingin dia memastikan apakah yang dua dengar tadi betul? Namun tidak terbuka mulutnya. "Noona nampak kurus. Makanlah banyak sikit, baru sihat." Ah baru boleh bernafas lega.

"Kurus? Hm noona memang tengah diet sekarang." Nafi Bella. "Kalau betul aku mengandung anak Chan, apa aku nak jawab dengan Minho? Ibu, ayah? Kena rogol? Kalau betul kena rogol, mesti ayah tanya kenapa tak buat laporan dari awal. Fuck!" Bella mengetuk jari jemarinya di meja makan mengikut rentak irama yang bermain di fikirannya. Bella tekad untuk ke hospital pagi ini.

---

Yoobin berada di butik seorang diri. Sejak dua minggu terakhir ini, dia sering datang awak ke butik. Ini semua kerana aksi Hyunjin dua minggu lalu. Iaitu di mana si lelaki tiba-tiba datang membawa kalimat yang tidak tahu sejak bila dibina. Kata-kata Hyunjin yang berbunyi,

'Saya tak suka jual mahal. Malam ni saya hantar awak balik, okay? Pukul lapan saya tunggu depan kedai. Oh ye, pastikan awak tak beritahu Bella tau?'

Kenapa tak boleh beritahu Bella? Itu saja dah menimbulkan tanda tanya buat Yoobin. Tapi sejak saat itu, duit pengangkutannya tidak lagi terusik kerana sekarang ini, Hyunjin lah yang akan hantar dan ambil dia setiap hari. Dan semua itu berlaku tanpa diketahui oleh Bella. Tidak pernah sekali Bella curigai tentang Yoobin yang sering pulang bersama lelaki dengan menaiki motor.

© MY SIRIUSOnde histórias criam vida. Descubra agora