22

294 46 47
                                    

Sebelum baca, tolong jawab dulu.

Kalau tak, diharamkan baca! HAHAHAHAHAHA JKJK

Hm 30+ chapter cukup tak? But tak sampai 40 lah. Risau reader menyampah sebab banyak sangat chapter hueng hueng hueng.

Jawab ye! Then enjoy reading!

---

"Bella masih belum pulih sepenuhnya. Dia masih dalam fasa untuk cuba ingat sedikit demi sedikit memori lama dia. Tiga tahu lepas, saya pernah beritahu pada tuan dengan puan untuk bantu dia, betul? Tapi mengikut dari apa yang saya lihat, saya tak rasa ada apa-apa usaha atau pertolongan yang diberikan pada Bella. Dia bahkan tak ingat nama-nama yang sepatutnya dia ingat. Bella sepatutnya tak ada trauma dengan nama seseorang. Tapi inilah yang akan terjadi kalau kita tak bantu dia untuk cuba pulihkan semula ingatan dia,"

"Retrograde Amnesia hanya ada tiga kategori. Temporary, permanent atau progressive. Bella berada dalam kategori progressive. Memori dia boleh pulih kalau dibantu secepat mungkin. Kalau kita bantu dia untuk ingat, tak mustahil untuk dia dapatkan semula semua memori tu. Jadi kenapa Tuan dengan Puan Joo tak jalankan tanggungjawab yang saya beri?" Doktor kelihatan begitu kecewa dan marah. Ini adalah doktor yang sama pernah merawat Bella tiga tahun lalu.

"Kami ada alasan tersendiri, doktor. Sebelum kemalangan, Bella pernah berkahwin. Tapi rumah tangga dia ada masalah dan semuanya berpunca dari bekas suami dia. Jadi kami sebagai orang tua Bella kalau boleh tak mahu dia ingat semula tentang lelaki tu. Salah ke apa yang kami buat, doktor? Kami cuma taknak puteri tunggal kami terseksa sekali lagi. Kami cuma nak lindungi dia." Keluhan berat terdengar dari mulut dari sang doktor.

"Niat tak menghalalkan cara. Perbuatan tuan dan puan hanya menyeksa Joo Bella. Memori lama tu boleh muncul dengan sendirinya mengikut situasi yang berlaku di sekeliling Bella. Bila memori tu muncul dengan sendiri dalam keadaan Bella yang masih belum bersedia, Bella akan sakit. Otak dia akan lemah kerana terpaksa mencari sesuatu yang telah lama hilang dalam fikiran." Ibu terduduk mendengar pernyataan doktor. Ayah memejam erat matanya.

"Jadi sekarang apa yang boleh kami buat, doktor?" Soal ayah. Nada ayah terdengar begitu lemah dan sedih.

"Tunggu sehingga Bella sedar. Kalau boleh, minta seseorang jaga dia. Kita hanya boleh tahu keadaan dia setelah dia bangun. Jadi, saya minta diri dulu." Doktor akhirnya beredar pergi. Ayah dan ibu duduk di bangku menunggu. Di sebelah mereka ada seorang lelaki yang sejak tadi hanya diam tidak berbicara. Dia kemudian bangkit dari duduknya.

"Ini ke yang ayah maksudkan? Ini ke alasan kenapa ayah minta saya kahwin dengan Bella?"

"Ye, Minho. Ayah tak mahu Bella ingat semula dekat bekas suami dia, Bang Christopher. Dulu, satu minggu sebelum Bella kemalangan, Chris mabuk. Lelaki tu pulang dalam keadaan tak waras. Bella beritahu kalau Chris bawa balik seorang perempuan. Chris pukul Bella sampaikan Bella tak larat nak lawan. Bella cerita yang Chris bawa perempuan tu masuk ke bilik tidur mereka berdua. Chris tidur dengan perempuan tu tanpa dia sedar. Dan hal tu dah pernah berlaku beberapa kali tapi Bella tetap maafkan dia."

"Sebab itu kami paksa Chris ceraikan Bella. Memang ibu dengan ayah nampak jahat sebab cuba untuk runtuhkan rumah tangga anak sendiri. Tapi, ramai yang tak tahu apa yang berlaku. Banyak kali Bella halang kami berdua untuk masuk campur. Kami tak sanggup tengok lebam dan luka dekat badan Bella. Sebab itu kami buat keputusan untuk perangkap Chris. Sehari sebelum Bella kemalangan, Chris kena tangkap basah dengan perempuan yang sama di hotel. Cumanya saat tu, Chris dalam keadaan sedar. Dia tak mabuk. Lepas Bella lihat apa yang berlaku, dia lari. Dia keluar dari hotel dan bawa kereta untuk pulang. Dan....."

© MY SIRIUSOù les histoires vivent. Découvrez maintenant