16

302 42 22
                                    

TW // RAPE MENTION WORDS

SKZOO KELUAR BESOK EA?

I'M BROKE(N) INSIDE

WATEFOOK

---

Sudah dua jam Bella tidak sedarkan dirinya. Lama dia pengsan selepas kejadian tadi. Kejadian di mana Minho jujur tentang hal yang telah dia lakukan empat minggu lepas. Selepas memberi penjelasan yang teliti, wanita itu langsung pengsan dan tidak sedarkan diri sehingga sekarang. Sudah hampir dua jam Minho duduk di dalam bilik Bella ini. "Bella.. Bangun.." Lembut dia usap kepala wanita itu.

Minho juga masih dalam keadaan terkejut. Bella sedang mengandung dan ini kali pertama dia berhadapan dengan seorang perempuan yang sedang mengandung. Minho membuka telefonnya untuk melihat carian di google cara membangunkan perempuan mengandung dari pingsan.

"Percikkan sedikit air di wajahnya?" Selepas membaca tunjuk ajar itu, Minho melihat sekilas kearah Bella. "Tsk! Silap-silap lepas dia sedar nanti, dia bunuh aku sebab buat macam tu." Segera dia cari cara yang lain.

"A..Auh.." Akhirnya wanita itu menyedarkan diri. Minho cuba untuk tidak bergerak sehingga Bella sendiri yang menyedar kewujudannya yang sedang berada di bucu katil. Bella berusaha untuk duduk dari pembaringannya. "Minho? Tolonglah.." Manjanya suara Bella membuat Minho terkejut ketika dipanggil.

Ketika Minho mendekati wanita itu, dia pantas merangkul bahu Bella. "Mari- ahh! Ahh!" Dalam hitungan detik, Bella terus memukul lelaki itu tanpa mengisahkan rengekkan dari si suami. Minho tidak dapat larikan diri kerana Bella menarik kuat baju lelaki itu. Kini mereka berdua berada di atas katil yang sama.

"Awak tahu tak awak tu perogol! Ih! Ih!" Dia tidak berhenti memukul lelaki itu dengan kedua tangan mungilnya.

"Mana ada perogol, rogol isteri sendiri!" Sejujurnya, Minho tidak sakit pun. Dia sengaja ingin menegangkan suasana. Kerana itu dia pura-pura kesakitan. Setelah puas memukul sang suami, Bella pun menghentikan aksinya. Dia duduk di tepi katil dengan nafas yang tercungap-cungap. Minho bangun dari baringnya. "Bella—"

"Diam! Saya masih marah!" Pantas Minho zip mulutnya. "Macam mana kita boleh buat benda tu? Bila masa benda tu jadi?"

"Malam awak balik dalam keadaan mabuk dengan kawan lelaki awak." Wajah Bangchan tanpa ragu muncul di benak fikiran Bella. Dia sedar kalau dia sudah menuduh orang yang salah selama ini. Dari awal dia fikirkan kalau Bangchan yang menyentuhnya. Namun malam ini terungkap kalau suami rempitnya adalah pelaku sebenar.

"Berapa kali?"

"Ha?"

"Berapa kali kita buat!"

"Oh... Dua kali... Awak minta—"

"Diam!"

"Tapi awak suka.." Sangat halus dan perlahan suara Minho ketika mengatakan hal itu. Untung Bella tidak mendengar. Mereka berdua masih belum selesai membincangkan hal ini. Bella masih tidak tahu bagaimana ingin dia ungkapkan perasaannya. Dia marah. Sangat marah dan kesal. Namun dia juga bersyukur. Bersyukur kerana Bangchan bukan ayah dari bayi ini. Tidaklah dia susah bercerai-berai.

"Jangan beritahu ibu dengan ayah. Biar jadi rahsia dulu. Saya taknak mereka berdua tahu tentang kehamilan secara mengejut ni. Sebelum awak buat dulu, awak ada fikir tak tentang saya? Awak tak tahu apa perasan saya bila tiba-tiba saja disahkan mengandung. Padahal saya sendiri tak sedar bila masa saya buat seksnya." Dia memberi tumpuan penuh pada wanita itu. Dia terima jika Bella ingin menendangnya sekalipun. Wanita itu berhak mengamuk.

© MY SIRIUSWhere stories live. Discover now