🐯 3

825 120 2
                                    

Yoshi menjeling anaknya disebelah. Dari tadi dia sengaja diam. Sudahnya budak itu pandang ke luar tingkap. Mereka terus balik ke rumah mereka. Butang lif ditekan. Tidak lama selepas itu lif itu berhenti di tingkat 50. Yoshi menuju ke penthouse nya bersama anaknya.

Dia menghempaskan tubuhnya diatas katil. Anaknya Kayla juga masuk kedalam biliknya sendiri. Dia tak marahkan Kayla makan aiskrim tapi dia agak stres bila Kayla mention pasal mummy.

Dia letih sangat. Lebih kepada mental. Stres hari ni. Tapi dia tak nak layan. Dia terus masuk kedalam bilik mandi. Rasanya lepas bersihkan diri, mungkin hati dia akan sejuk.

Lepas bersihkan diri, Yoshi baring atas katil. Pejamkan mata untuk seketika.

"Daddy..."

Perlahan je suara Kayla. Dia sengaja tak buka mata. Suka bila Kayla pujuk dia. Tengoklah sekarang anak kecilnya itu sedang peluk tubuhnya.

"Daddy...Kayla minta maaf. Kay janji yang Kay akan dengar cakap daddy lepas ni"

Yoshi diam.

"Tolonglah jangan diamkan Kay macam ni"

Kayla lepaskan tubuh dia. Dia buka mata. Lahai comelnya anak dia ni.

"Kay ada something nak kasi kat daddy. Kay harap daddy boleh maafkan Kay"

Kayla bawa keluar lolipop yang dia beli bersama Junkyu tadi. Lolipop itu sudah dia buka. Dia terus suapkan pada daddy dia. Dahi Yoshi dicium diikuti dengan mata kemudian hidung, kedua belah pipi, bibir dan yang terakhir dagu.

Yoshi terpaku. Rasa macam masa berhenti untuk seketika.

"Daddy please please..."

Kayla menyatukan tapak tangannya. Bersungguh sungguh dia mintak maaf pada daddy nya.

"Come here"

Yoshi membuka tangannya. Kayla yang melihat itu terus memeluk tubuh Yoshi.

"Mana boleh marah Kay lama lama. Daddy yang tersiksa nanti"

"Anyway siapa yang ajar Kay pujuk daddy macam tadi?" soal Yoshi.

"Rahsia! Mana boleh kasi tahu daddy" jawab Kayla.

Yoshi yang mendengar itu terus menyerang kedua belah pipi Kayla.

"Esok daddy cuti kan?"

Yoshi mengangguk.

"Kita pergi jejalan nak!"

"Tak bolehlah sayang. Esok nenek dengan atuk nak datang melawat kita"

"Alaa ye ke. Hmm okeylah"

Yoshi pandang wajah kecewa anaknya. Comel je.

"Tapi lepas mereka balik, kita pergi jejalan"

Muka budak itu kembali bersinar.

"Yeay! Sayang daddy!"

Kemudian muka Kayla macam baru teringatkan sesuatu.

"Daddy! Masa Kay balik rumah dengan Uncle Sunghoon tengah hari tadi, Kay ada nampak ada orang pindah rumah hujung sana"

Yoshi tayang muka pelik.

"Maksud Kay pindah satu unit dengan kita ke?"

Kayla mengangguk. Kalau macam tu dah ada oranglah dekat rumah hujung sana. Setiap tingkat bangunan ini mempunyai 3 penthouse tapi tingkat dia special sikit. Ada dua penthouse je. Nak lagi special tingkat 15, ada satu je penthouse dan itu yang paling mahal.

"Daddy apa kata kita pergi jenguk jiran kita. Teringin jugak Kay"

Yoshi mencuit hidung anaknya. Kayla ni sangat bijak.

"Tak nak lah daddy. Kalau Kayla nak, Kayla boleh pergi sendiri"

Tapi itu semua hanya sebaris ayat. Yang namanya Kayla tidak akan give up untuk pujuk daddy dia. Tengoklah sekarang. Elok aje dia berdiri depan pintu jiran baru dia bersama Kayla.

Kayla menekan butang loceng. Tidak lama selepas itu tuan rumah buka pintu. Yoshi terpaku lagi. Tak ubah seperti patung. Mata dia tak lepas pandang wajah tuan rumah ini.

"Aunty!"

"Kayla?"

Yoshi tersedar semula bila perempuan itu bersuara.

"Wah! Kay happy sangat aunty jiran baru Kay!"

Karina mengusap kepala Kayla.

"Aunty pun happy sangat. Tak bosanlah aunty lepas ni"

...

Memories Of Us | KANEMOTO YOSHIحيث تعيش القصص. اكتشف الآن