🐯 8

662 106 0
                                    

Jam menunjukkan pukul 11 malam. Kayla belum balik. Aku seronok bila budak kecil ni teman aku. Rasa macam nak suruh dia tidur sini tapi itu semua sangat mustahil. Aku tak nak Kay kena marah dengan daddy dia lagi.

"Baby. It's time to go home"

Raut wajah budak itu berubah sedih. Aku tahu dia pun berat hati untuk balik rumahnya. Tapi aku tetap tersenyum.

"Janganlah sedih baby. Rumah kita bukan jauh. Esok baby boleh datang lagi"

Aku cuba pujuk dia.

"Malam baru Kay boleh datang"

Aku pegang kedua pipinya.

"Baby. Listen. Aunty akan tunggu baby. Tak kisah lah baby datang siang ke malam ke, aunty tetap tunggu"

"Tapi Kay bosanlah asyik duduk dalam ofis daddy"

How I wish I could help you baby. Tapi aunty dah janji dengan daddy baby yang aunty tak kan berjumpa dengan Kayla lagi.

"Ha! Kay ada plan!"

Aku mengerutkan kening.

"Takpe. Trust me aunty. Esok Kay akan stay dengan aunty all day long"

"Apa plan baby?" soal ku ingin tahu.

"Kay tahu apa nak buat. Aunty rehat je okay"

Aku menggeleng kepala. Pipi comel dia aku cubit. Budak kecil lagi tapi otak mengalahkan orang tua.

"Iyelah aunty tunggu Kay esok dan aunty akan masak makanan yang sedap sedap untuk Kay"

"Yeay! Tak sabarnya. Kalau macam tu Kay balik dulu"

Aku mengangguk.

"Jom"

"No aunty perlu rehat. Kay boleh balik sorang"

Aku menggeleng kepala. Even pintu rumah dia tak sampai 20 langkah, aku tetap risau kalau apa apa jadi dekat dia.

"Aunty risaulah. Jom aunty tunggu didepan pintu"

Dia mengangguk lalu pimpin aku sampai ke pintu. Dia sarung kasut dia lalu berlari sampai ke depan pintu rumah dia. Aku senyum. Bila sampai dia buka pintu rumah dia, aku lambai tangan. Dia turut buat benda yang sama. Haraplah tak kantoi dengan daddy dia.

Aku tutup pintu bila dia dah selamat masuk dalam rumah. Malam ni aku boleh tidur dengan nyenyak. Hati rasa senang lepas jumpa Kayla.

Yoshi menyarungkan kemeja pada tubuhnya. Kemudian necktie diikat pada leher. Selepas semua sempurna di mata dia, dia keluar dari biliknya untuk sarapan.

"Good morning daddy!" sapa Kayla dengan ceria.

"Morning sayang. Happy nampak" tegur Yoshi.

"Mestilah. Dah lama tak main dengan Uncle Jaehyuk"

Yoshi mengambil nutella lalu disapu pada roti.

"Jangan nakal nakal pulak. Kesian Uncle Jaehyuk nanti" pesan Yoshi.

"Aunty Winter tak datang?"

Yoshi menggeleng kepalanya.

"Aunty Winter busy"

Jaehyuk merupakan adik sepupunya manakala Winter pula merupakan tunang Jaehyuk.

Tidak lama selepas itu loceng rumah kedengaran. Kayla cepat cepat bangun  pergi buka pintu.

"Morning bro!" sapa Jaehyuk.

"Mesti anak aku yang paksa kau kan?"

Jaehyuk melihat Kayla membuat isyarat untuk diam.

"Tak ada lah. Aku free hari ni. Lagipun dah lama aku tak spend time dengan anak kau"

"Hmm yelah tu. Aku pergi kerja dulu"

Jaehyuk mengangguk. Yoshi terus keluar. Sebaik saja buka pintu, dia terserempak dengan Jaemin yang baru keluar dari rumah Karina. Dia tayang muka biasa.

"Ohmygod Kayla! Kalau daddy tahu perkara sebenar, mati uncle tahu tak"

"Alaa uncle ni. Tolonglah Kayla. Kali ni je"

"Last eh?"

Kayla mengangguk. Jaehyuk duduk lalu bersarapan dengan Kayla.

"Uncle ada kerja lepas ni. Dalam pukul lima macam tu uncle datang sini balik"

Kayla mengangguk.

...

Memories Of Us | KANEMOTO YOSHIWhere stories live. Discover now