🐯 4

796 117 8
                                    

"Daddy!"

Aku perasan dari tadi lagi daddy Kayla termenung. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi sekarang aku baru perasan yang aku pakai baju tidur. Aduh macam mana aku tak perasan ni.

"Ye sayang"

"Sebenarnya inilah aunty yang ajarkan-"

Aku terus tutup mulut budak kecil ni. Hampir hampir dia bocorkan rahsia bahawa akulah yang ajar cara pujuk daddy dia.

"Kay nak masuk tengok dalam rumah aunty tak?" soalku untuk alih topik.

"Nak!" jawab Kayla.

"Jom daddy!"

"No. Daddy ada kerja sikit. Kay pergilah masuk. Jangan balik lambat pulak" pesan si daddy.

Daddy Kayla berura ura nak pergi.

"Err awak!"

Dia tak jadi pergi.

"Saya Karina. Awak?"

Dia macam teragak agak untuk bagitahu aku. Lama juga ambil masa untuk dia buka mulut. Macam tengah berperang dengan perasaan sendiri.

"Yoshi"

Dan dia terus pergi.

Wait Yoshi? Sound familiar. Argh! Malas nak fikir.

"Jom Kay"

Aku pimpin tangan Kay masuk kedalam rumah.

"Wah! Cantiknya rumah aunty"

"Iya? Aunty rasa rumah Kay lagi cantik. Eh lupa pulak. Dalam peti sejuk aunty tu ada beberapa minuman. Pergilah ambil kalau Kay nak"

Budak itu tanpa banyak bunyi pergi ke arah peti sejuk. Nasib lah aku dah borong beberapa minuman.

"Wah! Banyaknya banana milk. Aunty suka banana milk?" soal Kayla sambil membawa satu kotak susu pisang favourite aku.

"Favourite aunty"

Aku senyum sambil sambung kemas barang barang yang aku tak sempat kemas tadi.

"Kay pun suka jugak. Sedap sangat!"

Aku tergelak. Kayla ni seorang happy go lucky. Selalu ceria. Tapi muka dia familiar. Macam orang yang aku kenal. Ke aku memang pernah kenal dia sebelum ni.

"Kay" panggil ku.

Mata cantik itu pandang aku.

"Kita pernah jumpa ke sebelum ni?" soalku.

"Kalau seingat Kayla, pertama kali Kay jumpa aunty time makan aiskrim hari tu. Kenapa aunty tanya?"

"Nothing. Cuma ada satu kejadian yang menyebabkan aunty hilang ingatan. Sebab tu aunty tanya mana tahu aunty pernah jumpa Kay sebelum ni tapi aunty tak ingat"

Budak kecil itu cuma mengangguk. Maybe dia tak faham sepenuhnya. Cute je tengok.

"Kesian aunty" hanya itu dia balas.

Dan aku senyum.

"So macam mana? Kay kena marah dengan daddy ke?"

Budak itu dengan cepat menggeleng kepalanya.

"Idea aunty sangat membantu. Kay berjaya pujuk daddy"

Lega aku dengar. Yes aku baru teringat sesuatu.

"Kay selalu cakap pasal daddy. Mummy Kay?"

Muka Kayla berubah suram. Aku salah tanya ke?

"Kay tak pernah nampak mummy dari Kay lahir lagi"

Kegiatan aku automatik berhenti. Rasa bersalah pulak tanya soalan itu pada budak kecil. Aku melangkah ke arah Kayla.

"Sorry aunty tak patut tanya soalan tu. I'm so sorry baby"

Aku tarik Kayla masuk kedalam pelukkan ku. Untuk budak berumur seperti Kayla sepatutnya dah merasa kasih sayang seorang ibu. Tapi tidak untuk Kayla. Dan Kayla seorang yang kuat. Aku respect sangat.

"Tapi sekarang Kay dah rasa macam ada mummy"

Aku pandang dia dengan mengangkat sebelah kening tanda aku tertanya tanya.

"Aunty buatkan Kay rasa macam ada mummy"

Aku terus senyum. Ingatkan apa tadi. Entahlah aku happy bila dengar Kay cakap macam tu.

"You're so cute Kayla"

"Oh no please panggil Kayla dengan panggilan baby tadi"

Aku tergelak.

"Why? Bagi aunty sebab?"

"Sebab tiada siapa yang panggil Kayla dengan panggilan baby"

"Daddy?"

Kayla menggeleng kepalanya.

"Tak pernah. Daddy selalu panggil sayang ataupun Kay. Tu je"

"Tapi lelaki yang makan aiskrim dengan Kay tadi siap panggil baby sun lagi"

"Fine. Sebenarnya Kay memang nak aunty panggil Kay dengan panggilan baby"

Aku cubit pipi dia.

"Kiss me. And I will call you baby"

Tanpa menunggu sesaat, Kayla terus cium kedua belah pipiku.

...

Memories Of Us | KANEMOTO YOSHIWhere stories live. Discover now