🐯 18

662 96 0
                                    

Aku membawa Kayla datang ke ofis bapak dia. Aku dah tak boleh tahan lagi. Aku tak boleh terima yang Kayla diperlakukan sebegitu oleh Melissa. Dan Yoshi patut tahu kesalahan dia. Suka hati harapkan anak dia pada orang lain.

"Sorry cik tapi Tuan Yoshi tak benarkan siapa pun ganggu dia" kata PA Yoshi.

"Back off!"

Aku tayang muka beku depan PA dia. Kisah apa aku. Tapi dia degil tak nak ketepi. Akhirnya aku terpaksa guna kekuatan aku. Aku tolak dia ketepi. Aku tarik Kayla masuk kedalam ofis Yoshi. Pintu dikunci.

Jelas muka dia sangat terkejut. Tapi aku tak peduli. Sebelum aku mula bercakap, dia mengangkat telefon dari PA dia mungkin. Well nak mengadu yang dia tak berjaya halang aku masuklah tu.

"What are you doing Karina?" soal dia.

"Yet you asked me? Damn you!"

Aku terus maki dia. Dia layak dapat kata makian dari aku.

"Excuse me?" balasnya. Tak percaya yang aku tengah maki dia.

"Tengoklah anak awak. Ada apa apa perubahan?"

Dia melihat Kayla. Si Kayla pula hanya menunduk. Tak berani nak pandang Yoshi.

"I don't get it" katanya.

Aku senyum sinis. Dah agak dah. Bapak jenis apa dia ni.

"Memanglah! Ada awak pernah tanya dia apa yang berlaku sepanjang dia duduk dengan girlfriend awak Melissa tu?"

Tak berkelip dia pandang aku.

"Tak kan. Sebab apa? Sebab awak selalu busy dengan kerja awak. Tak ambil tahu langsung pasal anak awak. Biar girlfriend yang tak bertauliah macam Melissa tu yang jaga"

Aku dah tak boleh tahan lagi. Lantaklah kalau dia nak pukul aku sebab aku kurang ajar.

"Tak boleh ke kalau awak straight to the point?" marahnya.

Aku ambil telefonku lalu dicampak betul betul depan dia. Video tadi dimainkan. Aku nampak dia genggam penumbuknya. Kenapa? Baru sekarang rasa nak marah? Dah terlambat lah cik abang.

"Awak dikira bernasib baik sebab saya pergi rumah si Melissa tadi. Kalau saya tak pergi tadi memang sampai kesudah Kayla kena dera dengan girlfriend awak tu"

"She's not my girlfriend!" tengking Yoshi.

Telan liur aku dibuatnya. Kayla automatik tutup telinganya. Dia bersembunyi di belakang sofa. Aku baru sedar yang kami bergaduh depan dia. Untuk budak sekecil Kayla of course ada rasa takut.

Aku dan Yoshi pandang sesama sendiri. Dengan perlahan aku pergi dekat Kayla. Jangan sampai Kayla trauma. Kesian dia sebab dia still budak kecil. Aku tak nak semua tu terjadi pada Kayla. She's too precious.

"Baby..." panggil ku dengan perlahan.

"Baby it's me. Mummy"

Aku cuba untuk pujuk dia. Dia mengangkat kepala dengan perlahan.

"Mummy?"

Aku senyum dan mengangguk. Tidak lama selepas itu dia terus peluk aku dengan erat dan menangis.

"Shuhh! Don't cry. Mummy akan selalu ada dengan baby"

Dahi dia aku cium.

"Kay takut mummy" luah Kayla.

"Jangan risau. Mummy akan jaga baby dengan baik lepas ni"

Aku angkat dia duduk diatas sofa. Dia still tak lepas tubuh aku. Yoshi turut duduk disebelah Kayla. Dia hanya diam dari tadi. Sampailah Kayla tertidur dalam pelukanku.

"Ini bukan masa yang sesuai untuk bergaduh. Saya cadangkan awak bawa Kayla pergi jumpa psychologist"

Dia mengangguk. Setuju dengan cadangan aku.

"Kalau macam tu awak sambung lah buat kerja, biar saya bawa balik Kayla"

"No biar saya hantar awak dengan Kayla balik. Saya dah tak boleh focus kerja atas apa yang berlaku"

Aku cuma mengangguk. Dia dukung Kayla. Sampai di kereta aku masuk kedalam kereta, kemudian Yoshi bagi Kayla pada aku. Kayla masih tertidur diatas riba aku.

...

Memories Of Us | KANEMOTO YOSHIWhere stories live. Discover now