🐯 17

666 95 8
                                    

Aku tak tahu apa minah Melissa tu mimpi semalam. Tahu tahu jemput aku pergi rumah dia. Dan aku cuma setuju pergi rumah dia. Bukan apa, tiba tiba tak sedap hati. Macam ada something dalam rumah dia yang aku perlu check.

Aku tekan loceng rumah dia. Kereta ada kat depan. So tuan rumah pun mesti ada lah kan.

Tidak lama selepas itu, pintu terbuka. Mataku terpandang orang yang buka pintu untuk aku.

"Baby?"

"Mummy?"

Kami sama sama terkejut. Sumpah aku tak tahu langsung yang Kayla ada disini. Aku cuma ikut gerak hati untuk datang ke rumah Melissa. Tak tahu pulak ada budak kecil ni.

"Oh you dah sampai. Masuklah"

Sejujurnya aku tak boleh lupa kejadian hari tu. Dialah penyebab aku tak boleh jalan 3 hari. Tapi aku ketepikan semua tu.

"Tak tahu pulak you dah ada anak"

Well Melissa mungkin dengar biasa tapi aku mengaku aku tengah sindir dia.

"Siapa? Budak nakal ni ke?"

Wait wait. Apa dia cakap? Nakal? Excuse me?

Tapi aku cuma mengangguk. Senyum paling fake atas muka bumi ni aku tayang.

"Hey budak! Kau tunggu apa lagi. Aku suruh kau buat apa tadi?!"

Tiba tiba sikit Melissa ni tengking. Aku tahan sabar. Tapi boleh bertindak ikut hati.

"Cuci lantai" jawab Kayla.

Tanpa menunggu Kayla terus menuju ke dapur. Hancur hati aku melihatnya! Dasar perempuan tak guna. Kalau ikutkan hati nak je aku tarik tarik rambut dia supaya sedar diri.

"Siapa budak tu? Tak silap I dekat set hari tu dia ada datang. Selalu jugak lah I tengok dia dengan you"

Dia cuma senyum sombong. Dengan selamba dia minum air.

"Sebenarnya I tak suka pun anak dia. I suka bapak dia. Tapi budak tu penghalang untuk I bersama orang yang I sayang separuh nyawa"

Sial punya perempuan!

"I tak faham lah" kataku lagi.

"I dah lama tau crush dekat bapak dia tapi perempuan jahanam tu rampas dia dari I hidup hidup!"

Maksud dia mummy Kayla?

"Habis tu mana perempuan tu?"

"Dah mampos! Kesian kan. Itulah. Rampas lagi hak orang"

"You kenal ke perempuan tu?" soalku lagi.

Hari ni mood busybody on.

"Kenal. Time university dululah. Tapi lepas I dapat tahu dorang bercinta, I terus fly ke Belanda"

"Tapi perempuan itu mati sebab apa eh?" siasatku lagi.

"Accident. I yang upah orang untuk langgar perempuan tak guna tu"

Kejamnya kau Melissa. Tiba tiba bunyi kaca pecah kedengaran. Muka Melissa berubah jadi ibu singa. Dia terus bangun menuju ke dapur. Aku turut ke sana nak tengok apa dah jadi pada Kayla.

"OHMYGOD! KAYLA! WHAT THE HELL ARE YOU DOING?!" tengking Melissa.

Mata Kayla sudah berair. Tak kuat aku tengok dia. Jadi ini yang dia perlu hadap setiap kali duduk dengan Melissa.

Melissa tarik rambut Kayla. Dengan diam aku bawa keluar telefon lalu aku record semua perbuatan Melissa pada Kayla. Bukan untuk buat bukti bagi Yoshi tapi aku nak suruh Yoshi tengok apa yang dia dah buat pada anak dia sendiri.

Lepas siap record apa yang patut, aku terus simpan telefon ku. Time to beraksi. Kurang ajar kau Melissa.

"Hands off her Melissa!" tengking aku.

Melissa yang terkejut terus lepas. Dia pandang aku.

"Kau siapa nak pukul anak orang macam tu!"

Aku tarik Melissa dekat dengan aku.

"Kau perempuan paling kejam yang pernah aku jumpa"

Bersama dengan itu, aku tampar pipi kanannya. Aku bawa Kayla keluar dari rumah neraka ini.

"I'm sorry baby"

Patutlah hati aku terdetik nak datang sini sangat. Rupanya ada benda buruk nak berlaku.

...

Memories Of Us | KANEMOTO YOSHIDonde viven las historias. Descúbrelo ahora