🐯 30 [END]

1.1K 120 4
                                    

Setelah sekian lama, akhirnya aku berkunjung ke rumah ini lagi. Rumah parents mertua aku. Agak agak mereka rindu tak dengan aku. Atau mereka marah aku sebab tinggalkan Yoshi dengan Kayla. Separuh hati aku berasa gembira dan separuh lagi aku risau.

"Are you okay sunshine?" soal Yoshi.

"Nervous sebab dah lama tak datang sini"

Yoshi cuma senyum.

"Semua orang dah ada kat dalam. Mereka tengah tunggu awak. Jom masuk"

Yoshi genggam tangan aku masuk kedalam rumah. Seperti yang dia cakap tadi, semua orang tengah tunggu aku.

Mummy Yoshi sudah menangis. Dia terus tarik tubuhku kedalam pelukannya.

"Menantu kesayangan mummy dah balik. Mummy bersyukur sangat"

Aku juga peluk dia dengan erat. Sejujurnya aku rindu dengan dia. Dia baik sangat dengan aku dulu.

"Mummy rindu dengan Karina" luah dia.

"Karina pun rindu dengan mummy"

"Sudah sudahlah tu mummy. Tak cantik kalau mummy menangis" kata Sunghoon selamba.

Mummy melepaskan pelukannya lalu memukul Sunghoon. Lelaki itu pula cuma ketawa.

"Hmm lepas ni Kay tak yah minta tolong uncle untuk jumpa mummy dah la kan?"

"Iye!" jawab Kayla.

"Apa maksud Sunghoon?" soal mummy.

"Mummy tanyalah anak kesayangan mummy sana"

Aku senyum. Maksud Sunghoon mesti Yoshi. Mummy terus pandang Yoshi.

"Sorry mummy sebab tak inform mummy awal awal. Sebenarnya yang Kayla selalu cerita pasal mummy dia ke mummy tu, Karina lah orangnya"

Mummy tayang muka terkejut.

"What?! Jadi Kayla dah jumpa mummy dia sebelum ni?" soal mummy lagi.

Yoshi mengangguk. Mummy terus pukul Yoshi.

"Kenapa tak bagitahu mummy!" marah mummy lagi.

Daddy disebelah cuma menggeleng kepala.

"Welcome back Karina" kata daddy.

"Thanks daddy"

Selepas sesi melepas rindu, aku tolong mummy memasak makan tengahari. Kami makan tengahari bersama lagi setelah sekian lama. Sangat riuh disebabkan Kayla yang suka cari pasal dengan Uncle Sunghoon dia dan Sunghoon juga suka ganggu Kayla.

Selepas makan kami tak terus balik. Masih berbual berbual lagi. Aku nampak Sunghoon tengah berbual dengan someone melalui telefon di tepi kolam. Even dah habis cakap pun muka dia still serabut.

"Ekhm! Kenapa ni?" tegur ku.

"Eh sis cun!"

Aku ketawa. Tak berubah budak ni. Still panggil aku macam tu.

"Nothing. Just..."

"Girlfriend merajuk" potong ku.

Dia mengangguk.

"Well tak susah pun nak pujuk perempuan. Cuma kena sabar sikit je" nasihatku padanya.

Dia serabutkan rambutnya.

"Dah banyak bersabar dah ni" luah Sunghoon.

"Whatever your problem, pergi slow talk dengan dia. Sis yakin semua akan okey"

"Fine" dia mengalah.

Aku senyum lalu menepuk kepalanya.

"Dah besar dah adik sis ni"

"Hensem kan?" dia puji diri sendiri.

Aku tak nafikan tu. Sunghoon sememangnya hensem. Hidung dia lawa sangat.

"Iye. Wait patutlah time first time kita jumpa hari tu, muka Sunghoon macam familiar. Rupanya adik kesayangan sis" kataku.

"Sedih tau time tu bila sis kesayangan tak kenal adik sendiri"

Aku ketawa. Sunghoon ni tak ada kakak, jadi dia anggap aku macam kakak kandung dia sendiri. Segala masalah semuanya dia cerita dengan aku. Dibanding dengan Yoshi, dia lebih rapat dengan aku.

"Sorry lah. Bukan niat sis untuk lupa Sunghoon"

"Gurau lah sis. Sunghoon faham"

Sampai petang kami duduk sini. Yoshi sudah ajak pulang. Nampaknya lepas ni aku akan sering datang sini memandangkan Yoshi pergi kerja dan aku boring duduk rumah dengan Kayla. So lebih baik datang lepak dengan mummy and daddy.

Kami tak terus balik. Kayla ajak pergi jalan jalan. Yoshi bawa kami ke Petal Park. Tempat yang sesuai untuk family spend time. Sekarang masih awal. Baru pukul 5.30 petang. Memang ramai dekat taman ni.

"Wah! Tak sabarnya nak main" kata Kayla dengan happy.

Dia nampak budak yang sebaya dengan dia sangat ramai.

"Go and be friend with them" kataku.

Dia mengangguk dan pergi join budak budak lain. Aku dan Yoshi mengawasi dari sini. Kami bersandar pada bahagian depan kereta.

"Happy betul Kayla" kataku.

"Maybe sebab awak"

Aku pandang Yoshi.

"Saya?"

"Yes. Saya selalu bawa Kay datang sini. Dan dia selalu jealous dengan budak budak lain sebab dorang semua datang dengan family yang complete. While dia cuma datang berdua dengan saya"

Sedihnya dengar. Jadi maksud dia, Kayla happy sebab ini first time dia datang dengan family yang complete. Kenapalah aku tak berjumpa dengan Kayla lebih awal. Poor you baby.

"Thank you sunshine"

Dia genggam tangan aku.

"Saya yang patut berterima kasih dekat awak sebab dah besarkan Kayla jadi budak yang baik. Awak berjaya besarkan dia without me"

"Tak susah pun nak jaga Kayla. Sebab perangai dia memang ikut awak 100%. Tak suka susahkan orang lain dan tak cerewet"

Aku tak nafikan yang tu. Well Kayla is my baby. Of course la dia ikut aku.

"Saya harap ini semua bukan mimpi. Saya tak nak kehilangan awak lagi. Tak sanggup saya"

"Me too. Saya tak hilang ingatan lagi. Saya nak fully sembuh macam dulu. I want to live happily with my small family"

"I love you sunshine"

"I love you more prince husband"

END 🐯

Memories Of Us | KANEMOTO YOSHIWhere stories live. Discover now