🐯 5

721 113 0
                                    

Jam diatas meja berbunyi menunjukkan sekarang dah pukul 7. Pukul 9 nanti, aku ada photoshoot. Huwaa! Malasnya! Rasa macam nak cuti je hari ni. Tak ada mood nak bekerja.

Notification dekat skrin fon menarik perhatian ku. Mesej dari Jaemin.

Pukul 8.30 I datang ambil you

Aku biar mesej itu tak berbalas. Aku ambil tuala lalu terus masuk kedalam bilik mandi.

Lepas siap semua, aku ambil banana milk dengan roti bersama nutella. Tengok banana milk terus teringatkan Kayla si budak comel.

Beginilah rutin harian aku. Selalu sarapan sorang sorang. Bosan jugak kadang kadang tapi nak buat macam mana. Terpaksalah aku makan sorang sorang.

Selesai sarapan, aku terus keluar. Awal lagi ni. Tapi takpelah aku tunggu dekat bawah jelah.

"Cepatlah daddy! Kay tak sabar nak jumpa aunty Mel ni"

Aunty Mel? Siapa tu?

"Oh hai Aunty Karina!" sapa Kayla.

Aku cuma senyum. Tidak lama selepas itu Yoshi keluar bersama beg kerjanya. Pakaian kerjanya sangat kemas.

"Hai baby!"

"Baby?" soal daddynya.

Oups! Bodohlah kau Karina. Macam mana kau boleh terlepas cakap pulak ni. Itukan rahsia antara kau dengan Kayla.

"Ouh! I mean Kay. Hai Kayla!"

Aku cuba untuk kawal reaksi muka aku. Haraplah tak nampak akward sangat.

"Aunty nak pergi mana ni?" soal budak itu lagi.

"Aunty nak pergi kerjalah. Kay?"

"Kay nak pergi jumpa aunty-"

"Jom Kay. Kita dah lambat"

Aku pandang Yoshi. Dengan selamba dia masuk kedalam lif bersama Kayla.

"You tak nak masuk ke?"

Eh! Boleh lupa pulak. Aku cepat cepat melangkah masuk.

"Aunty you look so beautiful! Lagi cantik dari Aunty Mel"

Aku tersenyum bila dengar Kayla puji aku. Aku usap kepala dia. Agak agak siapa Aunty Mel yang Kayla maksudkan. Kenapa aku rasa jealous tiba tiba je ni.

Stop Karina! Buat sakit kepala kau je nanti fikir. At least Kayla cakap kau lagi cantik daripada Aunty Mel dia tu.

"Iya? Aunty rasa Kayla lagi cantik"

"Daddy! Antara Aunty Karina dengan Aunty Mel, siapa lagi cantik?" soal Kayla tiba tiba.

Haih! Kenapalah baby tanya soalan pelik pelik. Lif ni pun rasa macam lambat je nak sampai basement.

"Don't ask me nonsense question Kayla"

Terus terdiam budak itu. Maybe dah faham dengan perangai daddy dia.

"Sorry"

Agak lama untuk budak itu ambil masa untuk bercakap. Kesiannya. Kenapalah dia perlu dapat daddy yang tegas macam Yoshi.

Ting!

Akhirnya kami sampai di basement. Yoshi menekan button pada kunci keretanya. Tanpa menunggu Kayla terus membuka pintu kereta dan masuk. Aku menggeleng kepala perlahan. Kesian Kayla.

"Awak"

Aku sempat tahan Yoshi.

"Boleh saya cakap sikit?"

Dia diam. Dan aku anggap dia izinkan aku untuk bercakap.

"Saya tak tahu macam mana hubungan awak dengan anak awak sebelum ni. Tapi kalau awak tak suka saya rapat dengan anak awak, please tell me. Saya tak suka tengok awak marah budak kecil yang tak bersalah tu"

"Saya tak marah. Saya cuma bagitahu dia yang saya tak suka dia tanya soalan nonsense"

Wah! Aku rasa macam nak sembur je apa yang terpendam dalam hati aku sekarang ni. Tapi aku still hormat dia sebagai jiran aku.

"But still dia budak. Dan awak tak perlu pun nak marahkan dia sampai macam tu sekali"

Terkeluar jugak even sedikit. Lantaklah apa yang dia nak cakap pasal aku nanti.

"Fine. Awak betul. Saya tak suka awak dekat dekat dengan anak saya"

Wo! Rasa macam ada orang cucuk hati ni. Kenapa rasa dia pedih sangat.

"Okey fine! Saya tak akan rapat dengan Kayla lagi kalau itu je cara supaya awak tak marahkan Kayla disebabkan benda remeh macam tadi"

Aku pergi ke arah kereta dia. Cermin kereta aku sengaja ketuk. Kayla menurunkan cermin itu. Aku hulurkan lolipop pada dia.

"Smile baby. Till we meet again"

Aku bisik pada dia. Kepala dia aku usap bersama senyuman.

...

Memories Of Us | KANEMOTO YOSHIजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें