🐯 21

741 102 2
                                    

Disebalik bilik pakaian Yoshi, ada sebuah pintu. Dan aku yakin kunci yang aku pegang ini adalah milik pintu ini. Dan betul bila aku putar kunci itu, pintu ini terus terbuka. Gelap. Sangat gelap. Takut jugak aku.

Aku meraba suis lampu. Sebaik saja bilik itu disinari dengan cahaya, jantungku terus berdegup dengan laju. Maksudnya, yang aku tengok tadi hanya beberapa keping poloroid. Selebihnya digantung dan dihias dengan cantik dalam bilik ini.

Bilik ini dipenuhi dengan gambar berbentuk poloroid dan juga gambar di frame kan. Aku berjalan dan melihat satu persatu. Air mata juga berjurai turun. Sampailah di hujung bilik ini, mataku terarah kepada sebuah frame yang sangat besar saiznya.

Frame itu berisi gambar seorang lelaki yang segak dengan tuxedo hitamnya bersama seorang perempuan yang memakai dress putih labuh cantik.

Aku jatuh terduduk melihat perempuan itu. Kepala aku pegang kerana terlampau sakit. Memori masa lalu ku muncul lagi. Dan kali ni betul betul bukan mimpi lagi. Aku sudah berkahwin dan lelaki yang selalu muncul dalam mimpi itu adalah Yoshi!

Ya aku yakin lelaki itu Yoshi selepas melihat gambar ini. Aku menangis semahunya.

Tidak lama selepas itu, aku dengar suara Kayla. Dia menjerit jerit panggil aku. Dengan cepat aku hapuskan air mataku. Pintu bilik tadi dikunci dan kunci tadi diletak didalam kotak semula. Almari sebelah kanan dibuka. Ada baju bajuku yang lama. Aku ambil t-shirt putih dengan skirt hitam yang labuhnya paras betis.

Lepas ambil baju, aku terus berlari ke bilik Kayla. Dan tekaan aku benar. Kayla tengah menangis sambil panggil aku. Aku terus peluk dia.

"Mummy here baby. Sorry sebab tinggal baby lama"

Dia peluk aku dengan erat sekali. Takut kalau aku tinggalkan dia untuk kali kedua.

Sisa air matanya aku lap dengan lembut.

"Sorry awak. Saya tak jumpa baju tadi"

Tahan Karina. Tahan please. Jangan menangis. Yes Yoshi husband kau. Tapi ingat, kau perlukan penjelasan daripada dia.

"Damn! Saya lupa bagitahu awak almari mana tadi"

Aku senyum terpaksa.

"Takpe. Awak pergilah tunggu kat luar. Saya nak mandi dengan Kayla"

Dia mengangguk lalu melangkah keluar dari bilik Kayla. Aku mendukung Kayla masuk kedalam bilik mandi.

"Mummy menangis?"

Aku tersedar. Suara Kayla. No suara anak aku sendiri. Anak kandungku. Ya Tuhan kenapalah aku tak ingat dari awal. Macam mana aku boleh lupa anak aku sendiri.

Dahi Kayla dicium berkali kali. Begitu juga pipi dia.

Your mummy is here baby...

Lepas siap membersihkan diri, aku pakaikan Kayla baju. Rambut dia aku keringkan lalu disikat dengan lembut. Kemudian aku gayakan rambut dia. Aku sanggulkan rambut hitam dia.

"Oh no anak siapa ni? Kenapa comel sangat"

Selalunya dia gelak tapi dia cuma diam sambil pandang aku. Takpe sokay. Aku akan cuba lagi nanti.

Lebihan rambut disebelah kiri dan kanannya, aku selit dibelakang telinganya.

"Siap!" kataku dengan ceria.

Dia diam lagi.

"Mummy nak pergi masak but I need an assistant. Agak agak siapa yang boleh tolong mummy eh?"

Melihat Kayla diam seperti ini sangat membuat hatiku sakit.

"Takpelah kalau macam tu mummy pergi masak kejap"

Baru setapak, dia tahan aku.

"Kayla nak teman mummy masak"

Aku terus senyum dan cubit pipi dia. Dahi dia aku cium.

"Yeay! Taklah bosan sangat mummy bila ada baby"

Aku pimpin tangan dia menuju ke dapur. Dia ruang tamu terdapat Yoshi yang sedang tekun membuat kerjanya di meja kerja. Fokus betul depan MacBook dia.

Aku teringatkan sesuatu.

"Baby tunggu sini kejap"

Kayla duduk diatas kerusi meja makan. Aku pula menuju ke arah Yoshi..eh maksudku suamiku Yoshi.

"Is there anything you want to eat? Saya nak masak" soalku.

Dia berhenti menaip. Still tak pandang muka aku.

"Anything. Saya suka makan makanan yang awak masak..."

Dia biarkan ayatnya tergantung. Aku ingin ketawa tapi aku tahan. Sampai bila awak nak sembunyikan benda ni pada saya Yoshi.

"...ekhm! I mean masak je apa pun. Saya makan semuanya"

"Sure"

Aku mengangguk ngangguk. Disebabkan aku tak bergerak, dia pandang aku.

"Awak nak coffee? Saya buatkan"

Dia tercengang. I'm sure you miss my coffee mr husband.

"Thank you"

Aku balas dengan senyuman. Aku terus ke dapur untuk buatkan coffee untuk dia.

...

Memories Of Us | KANEMOTO YOSHIUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum