🐯 7

653 105 1
                                    

Selepas selesai check up, apa yang aku duga tadi benar. Kakiku terseliuh. Ini kerana heel yang aku pakai terlampau tinggi. Giselle hantar aku sampai ke rumah.

"Betul ni kau tak nak tidur dengan aku malam ni?"

Giselle mengangguk. Aku tayang muka kesian.

"Sorry la beb! Kau tahu kan husband aku tu macam mana. Tapi aku janji esok aku datang melawat kau"

"Iyelah" akhirnya aku mengalah.

"Ingat kau tak boleh banyak berjalan. Kalau tak lambat lah sembuh kau punya kaki tu"

"Iye! Aku bukan budak kecil lagi"

"Apa apa nanti call aku" pesan Giselle lagi.

Aku dengar suara Kayla dengan Yoshi tengah bergurau.

"Hati hati drive" pesanku pada Giselle.

Sebaik saja aku nampak dua beranak itu muncul, aku terus tutup pintu. Entahlah. Tak sanggup aku nak bersemuka dengan mereka. Bukan masa yang sesuai lagi.

"Daddy. Kenapa aunty macam tak nak jumpa dengan kita je?"

Yoshi menekan butang password rumahnya.

"Maybe dia tak suka dengan kita" jawab Yoshi.

Kayla menggeleng kepalanya berkali kali.

"No! Aunty Karina bukan macam tu. Aunty baik"

"Sayang can we stop cakap pasal Aunty Karina"

"Kenapa? Daddy tak suka?"

Yoshi diam sambil pandang anaknya. Dia melutut untuk samakan diri nya dengan Kayla. Rambut Kayla diusap.

"Are you love me?" soal Yoshi.

"Of course I love you daddy" jawab Kayla.

Yoshi terus memeluk anak perempuannya itu.

"Daddy why?"

"Nothing. Just daddy nak Kay tahu yang daddy sayang sangat dengan Kay"

"Tapi kalau betul daddy sayangkan Kay, kenapa daddy tak pernah bagitahu Kay pasal mummy"

Yoshi melihat wajah satu satunya anaknya itu. Dia rasa sebak sangat setiap kali anaknya ini soal tentang mummynya. Hampir menangis dia dibuatnya.

Kayla yang melihat perubahan pada wajah Yoshi terus memeluk daddy nya.

"I'm sorry daddy. Kay janji yang Kay tak akan cakap pasal ni lagi. Sorry sebab buat daddy sedih"

"What did I do to deserve an angle"

Yoshi memeluk erat Kayla.

"Daddy! Berapa kali Kay cakap. I'm not an angel. Angel tu tak wujud" kata Kayla tak puas hati.

Yoshi tergelak. Dari dulu lagi bila dia cerita tentang angle, Kayla tak pernah percaya.

"Then who are you?"

"I'm a princess! Your princess!" kata Kayla dengan kuat sambil pusing pusing di depan Yoshi.

Yoshi yang melihat itu terus cubit pipi anaknya. Geram dengan kecomelan Kayla.

Pukul 9 malam. Haih! Tak tahu nak buat apa. Bosan sangat. Kaki pulak buat hal. Kalau tak boleh juga aku keluar cari makanan yang sedap sedap.

Dan tiba tiba loceng rumah berbunyi. Mesti Jaemin dah sampai. Dia cakap nak datang tadi. Haraplah bawa makanan yang sedap sedap sikit.

Aku paksa diri untuk berjalan. Boleh tahan jauh dari bilik ke pintu. Tapi aku gagahkan jua. Pintu rumah dibuka.

"Baby?!"

Budak itu terus letak jari telunjuk pada mulutnya. Aku automatik diam. Dia masuk kedalam rumahku. Aku tutup pintu.

"Daddy tahu tak baby datang sini?" soalku.

Aku dah janji dengan Yoshi yang aku tak kan berjumpa dengan Kayla lagi tapi budak ini datang rumah aku. Takkanlah aku halau dia balik pulak.

"Daddy dah tidur" jawab Kayla.

"Awalnya daddy baby tidur"

Kayla mengangkat bahu.

"Maybe daddy penat sangat kot" jawab budak itu.

"I miss you baby" kataku dengan ikhlas.

Serius aku rindu betul dengan budak ni.

"I miss you too aunty"

Dia pandang kakiku yang berbalut. Mata bulat dia automatik besar.

"Aunty kenapa dengan kaki aunty?"

Aku cuma senyum.

"Aunty terseliuh. Tak payah risaulah. Dua hari lagi baik lah ni"

Aku cubit pipi dia. Tiba tiba perutku berbunyi. Kayla pandang aku.

"Aunty belum makan?"

Aku menggeleng kepala dengan muka kesian.

"Apa kata kita order pizza!"

Haah lah! Kenapa aku tak terfikir eh tadi. Bukan setakat pizza. Makanan lain pun aku boleh order sebenarnya. Aduh macam manalah boleh lupa. Maybe aku tak pernah order sebelum ni sebab aku selalu masak sendiri.

30 minit kemudian, loceng rumah kedengaran. Kayla terus berlari ke arah pintu. Tidak lama selepas itu dia datang bersama satu kotak besar pizza.

"Wah! Favourite aunty ni"

"Iya? Kay pun suka jugak!"

Aku mengusap kepalanya. Kami mula makan. Akhirnya aku boleh isi perut.

...

Memories Of Us | KANEMOTO YOSHIWhere stories live. Discover now