🐯 6

690 116 2
                                    

Sebaik saja sampai di set pengambaran, aku terus di make up. Jaemin datang lambat tadi. Tak pasal sekali dengan aku lambat.

"Kau kenapa do lambat?" soal Giselle merupakan sahabat baik ku.

"Biasalah boyfriend aku tu. Dia bagi alasan dia tidur lambat semalam"

Giselle menggeleng kepalanya.

"Anyway siapa partner aku hari ni?"

Giselle memuncungkan mulutnya ke arah seorang perempuan yang duduk tak jauh dari aku.

"Melissa nama dia" jawab Giselle.

"Aku pernah kenal dia ke?"

"Rasanya tak kot. Katanya dia baru balik dari Melbourne dua minggu yang lepas"

Aku cuma mengangguk ngangguk.

"Anyway ni baju kau. Aku tunggu kau dekat depan sana"

Aku cuma mengangguk. Best ada PA kawan baik sendiri. Nak buat kerja pun jadi semangat.

Selepas selesai make up aku terus ke bilik persalinan untuk tukar baju.

"Hai my partner!"

Aku berdiri didepan cermin sambil memperbetulkan bajuku.

"Hai" balas ku.

"You Karina kan? One of top model?"

Aku cuma senyum sedikit. Aku tak rasa pun aku top model.

"You Melissa kan?" soalku pula.

"I tak terkejut you tahu nama I sebab I  memang popular-"

"PA I yang bagitahu tadi. Well I harap kita dapat bekerjasama dengan baik kejap lagi"

Aku senyum sedikit sebelum melangkah pergi dari situ.

Dan akhirnya shooting kami bermula. Well not bad. Si Melissa bagi kerjasama yang baik dengan aku. Dia sangat profesional bagi aku.

Last pose, dan shooting pun habis. Penat jugak hari ni. Dari jauh Giselle melambai tangan. Dia sudah ready untuk buang make up aku yang boleh dikatakan tebal ni.

Tapi sebaik saja melangkah, aku rasa macam ada seseorang tendang batang heel aku. Padahnya aku tersungkur. Sakit sial! Rasa kaki kananku ini dah terseliuh sebab heel tu tinggi jugak.

Aku dongak ke atas. Dengan selamba si Melissa itu senyum sinis sebelum dia dikerumun oleh pekerjanya mungkin. Shit! Dia biarkan aku macam ni.

"Beb kau okey?" soal Giselle dengan muka cemas.

"Entahlah. Kaki aku sakit sangat"

Sakit sampai tak tahu nak cakap macam mana. Rasa macam nak menangis je. First time orang buat aku macam ni.

"Jom aku bawa kau pergi hospital"

Giselle bantu bangun. Dia papah aku untuk berjalan.

"Baju?" soalku.

Ya baju yang orang sponsor still melekat pada tubuhku. Tapi Giselle menggeleng kepalanya.

"Biarlah. Nanti aku uruskan. Sekarang ni kau nak aku bawa kau pergi hospital atau kau nak call boyfriend kau dulu?" soal Giselle.

Aku ambil beg tangan aku lalu keluarkan telefonku. Giselle disebelah masih menunggu dengan sabar.

"Dia tak jawab"

Giselle mendengus.

"Takpe biar aku jelah yang bawa kau. Ada boyfriend macam tak ada" bebel Giselle.

"Hai! Aunty Mel!"

Suara seorang budak menarik perhatian ku. Aku terus toleh ke arah sumber suara itu. Dan mataku bertemu dengan sepasang mata. Bukan mata budak itu tapi mata bapak budak tu.

Damn!

Dan kemudian mataku jatuh pada pemilik suara itu. Betul. Itu suara Kayla. Otakku terus mentafsir lagi. Jadi Aunty Mel yang Kayla maksudkan itu, Melissa. Orang yang buat aku dapat sakit sekarang.

Shit!

"Let's go Giselle"

Aku ambil beg tangan aku lalu melangkah keluar di set pengambaran itu dipapah oleh Giselle. Sebaik sampai pada mereka, aku tak mampu nak pandang. Entahlah. Rasa macam ada something yang tak kena dalam hati aku. Dan aku tak tahu apa benda tu. Aku pun pelik kenapa aku boleh rasa macam ni.

Lagi sedih bila Kayla tak perasan aku langsung. Muka budak tu happy sangat dapat jumpa dengan Melissa.

Bila perasan Yoshi pandang aku, aku terus tunduk bawah. Tak nak bertentang mata dengan dia untuk kali kedua.

...

Memories Of Us | KANEMOTO YOSHIWhere stories live. Discover now