🐯 19

672 96 1
                                    

Pagi pagi buta lagi Yoshi datang ketuk pintu rumah aku. Dia minta tolong aku untuk pergi sekali dengan dia. Dia takut Kayla tak nak pergi jumpa psychologist kalau aku tak ikut sekali. Dan sekarang aku dah selamat ada dalam kereta dia. Dari tadi Kayla tak lepas tubuhku. Dia peluk aje tubuh aku. Cakap sepatah pun tidak.

"Cepatnya awak appoinment dengan doktor?" soalku.

"He's my friend. One of my bestfriend"

Aku cuma mengangguk ngangguk. Well aku dah agak. Sebab tulah cepat Kayla boleh jumpa psychologist.

Yoshi tenang membawa keretanya. Tapi sesakali dia menjelang ke arah Kayla. Aku sure dalam hati dia sangat risau. Kayla yang periang tiba tiba berubah jadi diam.

"Baby. Ada something yang baby nak makan tak? Mummy nak masakkan untuk baby"

Kayla menggeleng kepalanya. Sakit hati aku tengok keadaan Kayla macam ni. Kau memang perempuan tak guna Melissa.

"Takpe mummy akan masak jugak. Dan baby kena makan no matter what"

Kayla cuma diam. Tak hiraukan kata kata aku.

Kami sampai di hospital. Yoshi tawarkan diri untuk mendukung anaknya tapi budak itu menggeleng kepalanya dengan cepat. Semakin kuat di peluk leher aku. Aku menggeleng kepala perlahan pada Yoshi. Dan Yoshi hanya mampu menurut.

Akhirnya kami tiba di bilik doktor yang merupakan kawan baik Yoshi itu. Cara dia senyum macam seorang happy go lucky. Periang.

"Hai budak comel!" sapa doktor itu dengan ceria.

Tapi Kayla buat tak tahu. Aku dan Yoshi duduk diatas kerusi berhadapan dengan doktor itu.

"Awak ni Jihoon. Park Jihoon. My friend"

Aku menunduk kepalaku sedikit dengan senyuman.

"Hai saya Karina"

"I know"

Wait dia kenal aku?

"Yoshi banyak cerita pasal awak dekat saya"

Mataku automatik pandang Yoshi. Apa hal lelaki ni. Tapi Yoshi tayang muka bekunya pada Jihoon.

"Bila kau nak start?" Yoshi bersuara.

"Eh lupa pulak. Chill la bro"

"So mummy nya Kayla yang lagi cantik dan comel ni, boleh tolong ceritakan apa yang berlaku pada budak comel ni?"

Aduh! Perlu ke dia panggil aku macam tu. Dasar doktor sweetalker!

Dan aku pun start bercerita dari awal sampai habis. Yoshi disebelah hanya dengar. Sekali sekali dia pandang Kayla yang cuma diam dari tadi. Selepas aku selesai bercerita, Doktor Jihoon mula menjelaskan apa yang sebenarnya membuatkan Kayla jadi pendiam.

"Akibat penderaan fizikal yang Kayla dapat, dia menghadapi kemurungan" jelas Jihoon lagi.

Aku yang mendengarnya terus rasa sebak. Kesian Kayla. Kecil kecil lagi kena hadap penyakit itu.

"So aku sarankan kau jangan tinggal Kayla sorang sorang. Selalu ada dengan dia. Keep talking to her. Beri dia kata kata semangat. Bagi aje apa yang dia mintak. Jawab benda positif bagi pertanyaan dia"

Aku dan Yoshi cuma mengangguk ngangguk. Aku janji aku tak kan tinggalkan Kayla sorang sorang lagi.

Selepas Doktor Jihoon terangkan semua benda yang perlu aku dan Yoshi buat, kami terus pulang. Jihoon ada bagi ubat jugak. Aku harap Kayla mahu makan nanti.

Sepajang perjalanan pulang ke rumah, Kayla tertidur diatas riba aku.

"Karina can I ask your favor?"

Aku memandang Yoshi yang tengah memandu.

"I know I'm a bad daddy. Tapi sometimes saya busy. Tak boleh ada dengan Kayla selalu. So saya minta tolong awak jaga Kayla boleh?"

...

Memories Of Us | KANEMOTO YOSHINơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ