04

200 51 1
                                    

"Ha flight kita batal? Kenapa?" tanya Aryna. Doyoung mengeluh lemah. Tarikh di mana hari mereka berdua balik ke Malaysia itu terpaksa dibatalkan kerana terdapat satu masalah.

"Syarikat saya ada hal kali ni. Saya mintak maaf." kata Doyoung. Aryna mengangguk faham. Masing-masing sibuk dengan kerja. Ada kala nya mereka tidak sempat berjumpa atau bertegur sapa.

"Hurm takpe." kata Aryna. Dia sambung tidur semula. Jam di dinding sudah pukul 12.15 malam. Doyoung yang masih belum menukar pakaian nya terus baring sambil memeluk Aryna.

"Shush, jangan gerak." bisik Doyoung tepat ditelinga Aryna. Bau maskulin lelaki itu amat wangi dan segar. Doyoung melepaskan segala kepenatan nya pada malam itu.

"Saya ngantuklah. Janganlah kacau." kata Aryna. Doyoung meletakkan kepala nya di atas bahu Aryna. Doyoung memejam mata sambil pout.

"Kita berdua terlalu sibuk bukan?" kata Doyoung. Aryna terdiam. Dia mahu berhenti sekejap dariada kerja, namun ada akhir tahun ni kerja semakin bertimbun.

"Saya perhati awak dua hari tak makan. Are you ok?" tanya Doyoung. Aryna memegang perut nya sendiri. Ada benar juga kata Doyoung.

"Nothing. Let's sleep."

✴✴

"Aku pregnant?" ujar Aryna. Menggigil-gigil tangan nya. Dia baru sahaja keluar daripada hospital. Perkara itu seakan mimpi namun ianya tidak.

"Hurm." Aryna melangkah ke kereta nya sambil tersenyum. Secara tidak sedar, dia terlanggar seorang lelaki yang berambut panjang.

"Eh, Yuta?" tanya Aryna. Lelaki itu menoleh. Betul sangkaan nya. Yuta memandang Aryna lama.

"Eh kau." mata Yuta membuntang luas. Aryna tersenyum kecil lalu menunduk. Sudah 2 tahun tidak berjumpa selepas mereka berdua tamat pengajian di universiti.

"Sorang je ke? Buat apa kat sini?" tanya Yuta. Aryna menjongket kening nya sedikit.

"Seriously? Pregnant? Dah bertahun woi. Chukahae!" kata Yuta. Aryna ketawa kecil. Yuta banyak mengetahui masalah Aryna daripada dulu lagi. Senang cerita, mereka sahabat sejati.

"Kalau ada apa-apa masalah, roger aku. Jangan diam. Nanti menangis dalam toilet lagi. Ada faham?" kata Yuta. Aryna memandang lelaki itu tajam. Geram.

"Ok, byee."

✴✴

"Tuan, pembantu baru yang kami cari tu sudah jumpa. Kami telah buat interview dan kali ini saya rasa pembantu yang sesuai untuk Tuan." kata Oh Hara yang merupakan pegawai eksekutif syarikat. Doyoung mengangguk faham.

"Suruh dia masuk." kata Doyoung. Seorang wanita yang tinggi lampai serta berambut ikal mayang masuk ke dalam bilik Doyoung. Wanita itu menunduk sambil menyapa.

"Hai, selamat berkenalan. Saya Kim Ryumin." kata wanita itu. Doyoung mengangguk perlahan.

"Saya harap awak dpat beri kerjasama. Kami memang memerlukan ahli muda seperti awak. Yang boleh buat kerja dengan baik." kata Doyoung. Ryumin menunduk sambil senyum.

"Awak perlu sentiasa laporkan semua perkara kepada Tuan Doyoung. Nanti saya akan berikan jadual terkini dia untuk awak buat laporan." kata Hara. Ryumin menunduk.

Disebalik senyuman manis nya, terungkap sebuah dendam yang tidak dapat di tahan lagi. Permainan yang lama dia hasil kan akan bermula.





after you. dy✔Where stories live. Discover now