17

195 50 4
                                    

"Huwaa lapar." omel Aryna. Sudah penat mahu bangun apatah lagi bergerak. Hari ni, merupakan hari bersalin. Tidak bersedia? Itulah apa yang dialami oleh Aryna. Banyak masalah lagi yang perlu diselesaikan. Makin berat beban selepas ini.

"Yah? Ok? Pastikan kau kuat tau!" kata Yuta. Aryna mengangguk. Fikiran nya kusut akibat terlalu banyak berfikir berkaitan mati selepas bersalin. Adakah dia akan tergolong dalam wanita syahid akibat bersalin?

"Doa banyak-banyak. Jangan fikir pasal mati." kata Yuta. Aryna berdecit kecil. Orang sedang gemuruh, dia makin takut-takut kan.

"Ouh kejap. Aku nak letak file kat kaunter. Nanti aku datang balik." kata Yuta. Aryna mengangguk. Dalam beberapa minit kemudian, beberapa orang nurse dan doktor masuk sambil membawa sebuah katil.

Aryna dipindahkan. Satu hembusan berat dilepaskan. Apa yang dia fikir sekarang ialah keselamatan dia dan keluarganya sekarang. Hal berkaitan Doyoung perlu diabaikan dahulu.

"Ya allah, tolong aku."

✴✴

"Aryna, aku ada—" Yuta terkejut. Aryna sudah tidak ada diatas katil. Kosong dan bersih seperti tiada kesan jejak. Yuta melihat nombor bilik itu. Mungkin dia tersilap.

"127. Betullah ni." kata Yuta. Hati nya berasa aneh. Dia lantas berlari ke kaunter untuk mendapatkan sahabatnya Mina. Nafas nya turun naik akibat tidak cukup nafas.

"Bilik 127, pembedahan dilakukan bila?" tanya Yuta. Mina menyemak kembali senarai jadual untuk pesakit yang akan bersalin pada hari itu. Nama Aryna dicari hingga ke bawah skrin komputer.

"Pukul 8 malam. Kenapa?" tanya Mina. Mata Yuta membuntang luas. Sekarang baru pukul 2 petang.  Kenapa terlalu awal masuk ke dalam bilik pembedahan?

"Mina, tutup semua hospital. Pesakit hilang!" jerit Yuta. Yuta berlari keluar daripada wad bersalin. Langkah nya terus diatur ke ruang bahagian bawah hospital. Dia buntu untuk mencari keberadaan Aryna sekarang.

"Mana kau Aryna...." Yuta melangkah keluar namun tiada langsung kelibat Aryna disitu. Kepala nya diketuk beberapa kali akibat terlalu cuai. Ya, dia terlepas pandang perkara itu.

"Doyoung."

✴✴

"Lapar." ujar Aryna. Dia mengeliat kecil. Sedar tak sedar dia berapa di dalam kereta bersama 7 orang lelaki yang tidal dikenali. Muka masing-masing ditutup dengan topeng berwarna putih.

"Yah! Lepaskan aku!" jerit Aryna. Mulut nya ditekup dan tangan nya diikat. Aryna meronta-ronta meminta pertolongan. Namun, tenaga para lelaki itu lebih kuat.

Mereka tiba tepat dihadapan rumah baru milik Doyoung yang terletak betul-betul ditengah hutan. Aryna ditarik keluar. Menggeletar badan nya akibat kesejukan.

"Hai sayang." pipi Aryna disentuh lembut. Satu ciuman lembut diberikan oleh Doyoung. Aura lelaki itu bukan main. Silap hari bulan, Aryna boleh jatuh hati semula.

"Wae? Anak papa keluar hari ni kan? Atau papa perlu kata..mati hari ni?"

"Cukup Doyoung!" jerit Aryna. Penumbuk dikedua belah tangan nya digenggam erat. Doyoung sudah melampau. Lelaki dihadapan nya tersenyum kecil.

"Saya akan lepaskan awak kalau awak, gugurkan kandungan ni." kata Doyoung. Aryna menggeleng. Anak mata Doyoung dipandang penuh makna.

"Kita berdua dah tiada apa-apa hubungan. Awak takde hak nak suruh saya gugurkan kandungan ni." jawab Aryna dengan pandangan yang tajam.

"Awak kena tahu dalam darah budak tu ada darah saya juga. Saya—"

"Kenapa? Awak takut harta tu tak sampai pada awak? Saya boleh tentukan harta tu jatuh kepada siapa. Masih lagi belum faham?" kata Aryna. Doyoung mencengkam leher Aryna kasar.

"Kau jangan cabar aku. Korang bertiga akan mampos. Aku akan ambil harta tu."

after you. dy✔Where stories live. Discover now