12

163 43 9
                                    

Aryna mengeluh lemah. Dia lantas keluar daripada perut teksi. Beg galas nya diambil. Terasa berat kepala nya dan lenguh-lenguh di badan. Kerja nya daripada semalam tidak habis.

"Kau pergi mana?" Aryna menoleh. Doyoung mendekati nya dengan wajah ketat. Aryna menghembus nafas berat lalu menolak Doyoung ke tepi.

"Saya dah cakap saya balik Malaysia nak uruskan pengebumian keluarga saya. Tak faham ke?" tanya Aryna. Doyoung melangkah pantas lalu merentap tangan Aryna.

"Kau tipu! Aku baru call ayah tadi!" kata Doyoung. Aryna memandang Doyoung tidak percaya. Telefon di dalam beg tangan nya di bawa keluar. Ternyata ada 20 panggilan telefon daripada ayah nya yang tidak berjawab.

"Mustahil. Habistu, siapa call saya—"

"Kau tipu aku kan? Kau pergi mana?!" kata Doyoung. Aryna meraup wajah nya kasar. Dada nya turun naik menahan marah dan geram di dalam hati.

"Kalau saya keluar pun, kenapa awak nak sibuk?! Kita dah takde apa-apa!" kata Aryna sambil mengeluarkan sesuatu di dalam beg nya. Sampul surat dibaling tepat di wajah Doyoung.

"Surat cerai. Tinggal tanda tangan kau je." kata Aryna. Doyoung ketawa kecil sambil menampar wajah Aryna lembut. Bibir Aryna di pandang lama. Doyoung sudah lain, bukan seperti dulu.

"Lepas Doyoung, saya nak kita cerai. Senang. Jangan tambah masalah aku lagi." kata Aryna. Wajah Aryna ditampar kuat sehingga di terjatuh ke lantai.

"Lepas! Doyoung! Lepas!" Aryna meronta-ronta minta dilepaskan. Doyoung meletakkan jari nya di mulut Doyoung tanda diam.

"Layanan terakhir untuk kau."

✴✴

Aryna menghembus mafas berat. Kepala nya terasa sakit dan pening. Cahaya matahari masuk melalui celah-celah langsir yang tidak ditutup rapat.

"Huh..." Aryna mengeluh lemah. Dia bangun perlahan lalu melangkah ke bilik air. Jam di dinding dikerling. Doyoung sudah keluar pada pukul 7 pagi tadi. Pergi ke mana tidak tahu lah.

Jijik? Ya, Aryna berasa diri nya sangat jijik. Senang-senang jatuh ke tangan lelaki dayus seperti Doyoung itu. Terasa murah harga diri walaupun mereka berdua telah berada di ikatan yang sah.

"Adui." Aryna berhenti di hadapan dapur akibat kesakitan. Dia melabuhkan punggung nya di atas kerusi. Satu keluhan berat dilepaskan. Sakit, penat, kelenguhan semua dirasai.

Mata Aryna tertancap ke arah baju Doyoung di dalam bakul. Sakit mata nya melihat kesan gincu di baju itu. Aryna mengucap perlahan lalu mencampakkan baju tu ke dalam tong sampah.

"Harta itu hanya boleh diwarisi oleh lelaki sahaja."

Aryna termati kata. Dia berasa tidak sedap hati lagi. Telefon pintar nya berbunyi. Satu nombor yang tidak dikenali itu diperhati lama. Aryna yakin ada seseorang yang menipu nya.
Panggilan itu terus dijawab.

"Aryna! Uhuk!" suara rintihan Tuan Kamaruzzaman mengejutkan Aryna. Air mata nya mengalir perlahan. Suara rintihan adik lelaki nya dapat didengari dengan jelas.

"Lepas ni, semua harta akan turun dekat Doyoung. Doyoung dah tanda surat penceraian." suara wanita di dalam panggilan itu seakan pernah didengari.

"Kim Ryumin. Apa yang kau nak?" tanya Aryna.

"Harta kau. Disebabkan kau kakak aku mati." kata Ryumin sambil ketawa sinis. Aryna menggeggam penumbuk di tangan nya.

"Apa? Huh, tak sangka kau mengandung. Tapi jangan risau, Doyoung akan tetap dapat harta tu jugak." kata Ryumin. Aryna ketawa kecil.

"Maaf, masih ada lagi pewaris lelaki dalam keluarga aku. Kau bermimpi disiang hari." panggilan itu dimatikan. Dada Aryna turun naik akibat terlalu marah. Perut nya diusap perlahan.

"Daniel lah satu-satu nya harapan ibu."

after you. dy✔Where stories live. Discover now