14

174 46 4
                                    

"Tiada peguam keluarga Puan yang bernama Amirul. Tidak mengapa, kami akan periksa semula."

Aryna mengeluh lemah. Panggilan itu dimatikan. Sah, dia barada dalam sebuah perangkap. Tidak mungkin perkara ini berlaku secara tidak sengaja. Mesti ia dirancang dengan teliti.

"Apa yang Ryumin tu nak.." ujar Aryna. Dia tahu, bakal terjadi nya sesuatu perkara yang tidak diingini. Dia perlu bersiap-sedia jika berlaku nya apa-apa.

"Aryna! Aryna!" jerit Doyoung dariada tingkat atas. Aryna mengeluh lemah. Balik-balik sahaja sudah panas baran lelaki itu. Entah apa yang dicari tidak tahulah.

"Mana baju kemeja aku lagi satu? Mana kau letak?!" jerit Doyoung.

"Saya dah buang. Sebab penuh kesan gincu. Payah saya nak bersihkan." kata Aryna. Doyoung mencengkam leher Aryna kuat. Terkapai-kapai Aryna mencari nafas.

"Itu aku beli pakai duit aku! Kau mana ada duit nak beli!" kata Doyoung. Aryna menggigit tangan Doyoung lalu dia rebah ke lantai.

"Mahal sangat ke baju tu sampai tak mampu beli? Bukan awak dah berduit ke? Kaya pulak tu." kata Aryna. Doyoung berdecit kecil. Muka Aryna diangkat lalu dipandang lama.

"Aku nak harta kau lepastu kau berambus daripada rumah ni. Aku tak suka tengok muka jijik kau." kata Doyoung. Aryna menepis tangan Doyoung kasar lalu bangun perlahan.

"Cukuplah Doyoung, saya boleh keluar. Tapi, awak sendiri tak benarkan. Sekarang, salah siapa?" tanya Aryna. Doyoung mendekati Aryna sehingga wanita itu terperangkap di dinding.

"Aku, nak harta kau je! Jadi, gugurkan kandungan ni."

✴✴

"Doyoung!"

Aryna lantas bangun. Semua orang di hospital memandang nya pelik. Aryna memegang kepala nya lalu melihat sekeliling. Ya, dia di hospital.

"Oi. Kenapa?" tanya Yuta. Aryna menoleh lalu menggeleng. Mungkin hanya mimpi di siang hari namun mimpi itu seakan benar sekali.

"Kau pengsan kat dapur. Nasib baik Doyoung tak balik, kalau tak..habis kau." kata Yuta yang lengkap berpakaian nurse. Aryna mengeluh lemah lalu baring semula.

"Btw, pastikan kau duduk kat katil ni je. Jangan pergi mana-mana. Aku cauw dulu." kata Yuta. Aryna mengangguk. Leher nya berasa sakit kerana dipenuhi kesan luka. Kalung di leher nya dibuka.

"Hensem, tapi akhlak eobseo." kata Aryna. Kalung itu terus dibuang ke tong sampah. Makin sakit hati jika disimpan lama-lama.

Telefon Aryna berdering. Kali ini nombor lain tapi tidak dikenali. Aryna bertambah pelik lagi apabila ia merupakan nombor daripada Malaysia. Rasa takut mahu menjawab panggilan itu semestinya ada, namun Aryna perlu tahu kebenaran sebenar.

"Cik Aryna, saya peguam Amirul." Aryna termati kata. Tidak sempat dia mahu mematikan panggilan, Amirul terlebih dahulu memotong.

"Jangan letak telefon tu. Saya ada di hospital ni dan saya nampak cik. Saya cuma nak minta maaf." kata Amirul. Aryna meraup wajah nya kasar.

"Kenapa awak tipu saya? Siapa yang suruh awak buat begini?" tanya Aryna. Satu hembusan lelah dilepaskan.

"Saya kena paksa. Ayah puan dan saya ditangkap. Begitu juga dengan ahli keluarga puan yang lain. Saya sorang sahaja yang selamat tapi saya masih lagi dalam buruan. Mereka nak bunuh saya." kata Amirul. Aryna menggeleng tidak percaya.

"Tolong percaya kan saya puan. Doyoung hanya mahu harta puan untuk jalankan perniagaan gelap dia. Kalau perniagaan dia masuk kepasaran Malaysia...it's such a nightmare." kata Amirul. Aryna terus mematikan panggilan itu.

"Doyoung...kau dah melampau!"

after you. dy✔Where stories live. Discover now