16

187 49 19
                                    

"Waee. Kau dah seharian tak makan. Makan cepat!" marah Yuta. Aryna merungut kecil. Bubur dihadapan nya dipandang dengan tekak yang loya. Dia tiada selera untuk menelan apa-apa jenis makanan. Lagi-lagi sekarang ini musim sejuk. Terasa untuk minum kopi.

"Tak elok minum kopi. Makan." kata Yuta lembut. Aryna menggeleng. Yuta menghembus nafas lemah. Aryna sudah beberapa hari mula menunjukkan perubahan pada sikap nya.

Degil, pendiam dan sentiasa termenung. Mungkin kerana mengandung, emosi nya terganggu.

"Fikir pasal Doyoung lagi? Kenapa kau haus dengan cinta fake munafake dia tu heh? Kau tak sedar ke sekarang ni dia layan kau macam mana?" ujar Yuta. Aryna menggenggam selimut ditangan nya. Air mata bercucuran jatuh.

"Hari ni Doyoung kawin dengan perempuan tu kan? Dia memang dah lupa aku kan? Betulkan?" ujar Aryna. Yuta terdiam. Surat khabar disebelah Aryna diperhati lama. Tiada apa yang perlu disorokkan lagi.

"Kenapa..kau tak bagitahu aku?" tanya Aryna. Yuta mengoyakkan helaian setiap helain surat khabar itu. Rasa marah nya semakin membuak-buak.

"Dah takde. Kalau aku tak bagitahu kau, kau takkan jadi macam ni. Aku tak nak kau sedih, aku tak nak kau kecewa. Sudah-sudah lah berharap tu Aryna. Kau dengan dia dah takde apa-apa. Doyoung dengan kau berlainan agama. Jadi, tinggalkan dia." kata Yuta.

Dan Aryna, hanya mampu diam tidak membalas apa-apa.

✴✴

"Kau dah kena puasa esok. Jangan lupa." kata Yuta selepas memeriksa keadaan Aryna. Selepas Yuta berlalu pergi, Aryna mengehmpaskan badan nya di atas katil yang empuk. Bantal disebelahnya dipeluk erat.

Semua sudah dia lihat. Saat Doyoung mengatakan dia sudah bercerai kerana isteri lama memutuskan untuk bercerai dengan nya. Aryna memukul bantal akibat terlalu geram.

"Dia yang lari pergi kat perempuan lain. Dasar gila harta. Aku tak hamak pun lah dengan harta tu." omel Aryna. Geram bukan kepalang tu. Silap hari bulan, boleh naik darah dibuatnya.

"Aku nak dua budak dalam ni selamat je. Kan?" Aryna mengusap perut nya. Seorang lelaki dan seorang perempuan.

"Aku kena balik Malaysia dan pergi jumpa nenek. Nenek sorang je yang selamat sekarang." ujar Aryna. Anak-anak nya perlu selamat sebelum jatuh ke tangan Doyoung

Lalu dibunuh dengan kejam.

✴✴

"Awak sibuk lagi ke?" tanya Ryumin. Selepas berkawin, Doyoung tidak membenarkan dia bekerja. Ryumin hanya duduk dirumah dan bermalasan. Adakala dia melakukan tugas nya.

"Wae? Saya sibuk je. Macam lah awak tak tahu." kata Doyoung. Ryumin memuncungkan bibirnya. Aura Doyoung lain macam. Siapa-siapa boleh jatuh ke tangan nya dengan senang. Termasuklah Ryumin.

Daripada benci menjadi sayang. Drama sangat.

"Awak kata nak harta tu kan? Perempuan tu belum mati lagi." kata Ryumin. Doyoung tersenyum sinis. Anak mata isterinya di pandang penuh makna. Aura jahat si Doyoung amat menggoda dan menakutkan.

"Dia akan jatuh ke tangan saya. Keturunan dia akan saya habiskan dan harta keluarga dia kita berdua akan pegang. Jangan risau sayang, everything will gonna be find." kata Doyoung sambil tersenyum sinis.


after you. dy✔Where stories live. Discover now