01

3.2K 276 32
                                    

"Aku dah suruh kau ikut cakap aku, tapi kau yang degil. Rasakan," orang itu tersenyum sinis. Dia berasa puas hati melihat tubuh yang tidak bergerak tersebut. Lalu dia segera pergi dari situ seperti tiada apa yang berlaku.

••••••••••••••••••••

Dia melangkah dengan pantas. Mencari tempat yang sepatutnya dia tuju. Hampir 10 minit berpusing, akhirnya dia sampai juga ke destinasinya. Dia membetulkan pakainnya sebelum masuk ke kelas tersebut.

Tok tok tok

Bunyi ketukan itu menarik perhatian semua pelajar kelas tersebut. Dia berasa gugup namun cuba untuk berlagak tenang, "oh kamu ni pelajar baru tu kan?"

Seorang wanita, yang dia yakin gurunya, menyoal kepadanya. Dia hanya mengangguk kecil sambil tersenyum, "hai semua. Nama saya Lee Donghyuck. Tapi boleh panggil Haechan. Selamat berkenalan," ucapnya lalu menundukkan badannya sedikit.

"Okay Haechan, awak boleh duduk sebelah Renjun ya?"

Guru itu menunjukkan mejanya. Dia mengangguk dan segera pergi ke tempatnya. Kemudian teman semejanya menyapa dia, "hai nama aku Huang Renjun tapi panggil je Renjun," mereka berjabat tangan sebelum guru mereka memulakan kelas.

Kringgg

"Okay semua itu sahaja untuk hari ini," semua murid berpusu-pusu keluar kerana sekarang waktu rehat. Tidak terkecuali juga Haechan dan Renjun.

"Hah Haechan, aku nak kenalkan kau dengan kawan-kawan aku. Ni Mark, yang tinggi ni Jisung. Hah yang gelak macam dolphin tu Chenle. Yang dua tu pula Jeno dan Jaemin," Haechan memerhatikan satu demi satu kawan barunya. Mereka kelihatan seperti orang yang peramah.

"Jomlah kita pergi kantin. Aku lapar sangat ni," ucap Chenle lalu memuncungkan bibirnya. Semua membuat muka termuntah melihat mimik mukanya.

Dalam perjalanan ke kantin, tiba-tiba seorang lelaki melanggar Haechan. Kedua-duanya jatuh, "aduh...sakitnya," Haechan mengaduh. Lelaki yang melanggarnya kelihatan cemas.

"Maaf sangat-sangat. Hyung nak cepat ni. Awak cedera ke?"

Lelaki itu menyoalnya sambil menolong dia berdiri. "Ahh tak ada apalah. Sakit sikit je."

"Baguslah kalau macam tu. Hyung pergi dulu ya? Maaf," lelaki itu membelok untuk naik ke aras atas, "hmm pelik hyung ni," gumam Mark perlahan tapi masih dapat didengari oleh Haechan.

"Kau kenal ke dia?"

"Bukan aku je kenal dia. Satu sekolah tahu. Dia tu pelajar terkaya kat sekolah ni. Ayah dia seorang jutawan. Tapi kesian," ayat Mark tergantung.

"Kesian?"

"Kesian kat dia sebab mak ayah dia dah meninggal. Katanya dibunuh. Sejak kes tu, dia jadi pendiam. Dah tak bergaul dengan orang."

Haechan tersentak mendengar cerita tersebut. Malang sungguh nasib sunbaenim-nya.

Psycho » Haechan [✓]Where stories live. Discover now