03

1.4K 205 57
                                    

"Semua hilang. Entah hilang sebab apa. Yang pastinya, diorang hilang sebab berkawan dengan dia. Sebab tu semua tak hiraukan dia,"

Kata-kata itu terus berlegar di dalam kepalanya. Sampai satu saat dia terlanggar sebuah tiang kerana terlalu asyik memikirkan perkara tersebut. "Ish tiang ni, tak ada tempat lain ke? Sibuk je," Haechan membebel perlahan lalu meneruskan langkahnya. Dia harus cepat sampai ke kedai ibunya.

|Waktu malam|

Lelaki itu merebahkan dirinya di atas katil. Melepaskan segala penatnya yang sejak tadi menolong ibunya. Dia yang baru sahaja hendak terlelap, segera membuka matanya apabila terdengar bunyi notifikasi telefonnya. Dia segera mengambilnya.

Mark

Sorry lambat jawab. Aku ada hal tadi.


Ouh tak apa. Hah bagitahu cepattt.


Ya nak bagitahulah ni. Sebenarnya, kes hilang tu baru berlaku beberapa bulan lepas. Yang peliknya, bila polis cari, tak jumpa satu bahan bukti pun. Jadi ibu bapa mangsa tak dapat nak tuduh Taeyong sebagai pelakunya. Tapi semua orang tetap palaukan dia.

Aku dengar cerita, dia selalu pergi bilik fotografi. Betul ke? Kenapa dia suka duduk situ?

Hmm aku pun tak tahu. Tapi memang macam tu lah dia. Cikgu pun malas nak tanya. Mungkin dia kemas bilik tu ke? Sebab Kelab Fotografi tak guna bilik tu. Bilik tu dah macam stor. Dia je yang rajin pergi situ.

Oh...macam tu ke. Btw, terima kasih sebab cerita.

Alright.
Seen

Haechan mendengus. Setidaknya dia tahu serba sedikit tentang masalah tersebut. Namun, jauh di sudut hatinya, dia ingin lebih mengetahui tentang sunbaenim-nya, dan juga-

Bilik fotografi.

Mungkin ada rahsia di sebaliknya. Dan tiba-tiba, wajah seseorang berlegar di fikirannya. Dia rasa, hanya 'orang' itu dapat membantunya.

|Di sekolah|

Haechan melajukan langkahnya apabila terlihat gadis itu. Dia harus membincangkan sesuatu yang penting dan dia berharap gadis itu akan setuju.

Meskipun dia berasa takut untuk bersemuka dengan gadis dingin itu.

"Soojin!"

Soojin menoleh ke belakang. Memandang Haechan tanpa perasaan. Benar seperti yang dikata, gadis itu nampak menakutkan. Haechan jadi ragu untuk bertanya. "Jangan jerit boleh tak? Aku tak pekak lagi," Soojin menjelingnya.

"Ah maaf. Tapi aku nak tanya kau sesuatu. Aku harap kau setuju," lalu Haechan pun membisikkan sesuatu. Yang pasti, Soojin kelihatan terkejut dan keliru. Patutkah dia setuju?













P/s: haiii! Tq sbb sudi baca citer ni 🤧😭. Maaflah klu x best. Happy reading yall (。•̀ᴗ-)✧

Psycho » Haechan [✓]Where stories live. Discover now