20

1.1K 157 68
                                    

"Semua bersiap-sedia untuk masuk! Kita akan rempuh bilik ni dalam kiraan 3!"

"1...2...3!"

"Ah, kenapa ada asap ni?"

"Tuan, nampaknya macam ada kebakaran!" Kelihatan asap mula kelihatan. Pihak bomba dipanggil untuk memadamkannya.

"Ah, dalam tu ada orang! Cepat selamatkan dia!" Haechan teringat orang yang menyelamatkan dia. Dia ingin masuk ke bilik tersebut tetapi dihalang oleh kawan-kawannya.

Nasib baik api itu tidak terlalu besar. Setelah dipadamkan, pihak polis menjalankan siasatan. Yang peliknya, hanya terdapat seorang mayat sahaja.

Haechan melihat mayat yang ditutupi kain tersebut. Dia menyelak kain itu. Dia yakin itu Soojin. Tetapi, mana mayat orang itu?

Tiba-tiba, mata Haechan menangkap figura seseorang yang dikenalinya. Memakai hoodie, sedang melihatnya dengan sayu.

"Hyung...hyung ke yang-"

"Kau dah selamat sekarang. Maafkan aku. Aku tahu dulu aku jahat. Aku harap bila kita jumpa lagi, aku dah jadi orang yang baik. Kau dah bebas," Taeyong melemparkan senyuman tipis.

"Hei Haechan, kau cakap dengan siapa?" Pertanyaan daripada Mark membuatkan Haechan berpaling.

"Ni aku cakap dengan Taeyong hyung-" Haechan memandang ke depan semula tetapi kosong. Yang ada hanyalah dinding. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Mana Taeyong?

"Tae-taeyong?" Kedengaran getaran di dalam nada suara Mark membuatkan Haechan hairan.

"Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?" Mark mengetap bibirnya sebelum mengeluarkan telefonnya, menunjukkan sebuah artikel kepada Haechan.

Pada minggu lalu, pihak polis telah menjumpai sebuah mayat di dalam beg. Beg tersebut diletakkan di dalam semak. Hasil siasatan mendapati, mangsa dibunuh secara kejam. Anggota badan mangsa dipotong dan ada sebahagian daripadanya hilang. Didapati mangsa tersebut bernama

"Lee Tae-taeyong?!" Haechan terkelu. Betulkah apa yang dia baca ni? Bukan ke dia baru sahaja bercakap dengan Taeyong?

"Dia dah tak ada Haechan...," Mark berkata dengan perlahan lalu berlalu pergi. Haechan pula masih mematung di situ.

Siapa sangka, rupanya dia bercakap dengan orang yang telah tiada. Dia berharap, Taeyong dan Soojin tenang di sana. Adik-beradik Lee yang kelihatan baik tetapi, mempunyai sejarah yang mengerikan.

-Fin-







Wohoo dh habis 🥳 btw, maaflah klu endingnya bosan ಥ_ಥ. Anyway, tq so much kpd yg support ff saiya ni huehue (◍•ᴗ•◍). Klu ada yg x fhm, blh tanya okay? Hshshs. Okay, annyeong ❤️

Psycho » Haechan [✓]Where stories live. Discover now