02

1.7K 225 61
                                    

Haechan tekun menyiapkan kerja sekolahnya. Suasana di dalam kelas tersebut amat sunyi. Ya, di kala pelajar lain sudah pulang, dia masih di sekolah. Soalnya, pulang sahaja nanti, dia harus menolong ibunya di kedai.

Minit demi minit, dia masih menatap bukunya. Tidak menghiraukan seseorang yang melihatnya dari tadi. Lalu orang itu pun berdehem, "ehem, tak balik lagi ke?" Yang ditanya terkejut ketika mendengar pertanyaan tersebut lalu menghadap wajah sang penanya.

Seorang gadis, yang tidak dikenali. Ah bukan, dia kenal cuma tidak tahu namanya. Gadis itu hanya selang beberapa meja darinya. "Kalau dah balik, aku tak duduk kat sini," ucap Haechan sambil tersenyum tipis.

Dia melirik tanda nama gadis tersebut. Lee Soojin. Soojin menarik kerusi di depan Haechan dan menghadapnya. Jangan risau, jarak di antara mereka agak jauh tetapi tetap sahaja lelaki itu berasa malu. Lagi-lagi bila Soojin tersenyum, terserlah lesung pipit di pipinya.

"Aku rasa aku tak perlu kenalkan diri aku. So far, macam mana hari pertama kau kat sekolah ni?" Haechan mengangkat keningnya. Wah, gadis ini memang seorang yang mesra. Lalu dia pun menjawab, "okay je. Semua orang baik. Aku selesa," dia hanya memikirkan jawapan itu sahaja. Sejujurnya, memang benar apa yang dia katakan. Cuma...satu hal sahaja yang menjadi tanda tanyanya.

"Baik? Mungkin sekarang je, nanti bila dah lama kau tahulah," gadis itu bercakap dengan perlahan, seakan-akan berbisik. Haechan memandang Soojin dengan pelik. "A-apa maksud kau?"

"Kau kenal...Lee Taeyong?"

"Kenal, kenapa dengan dia?" Tuhan sahaja yang tahu betapa berdebarnya dia saat itu. Dia juga tidak tahu mengapa. Soojin hanya tersenyum sinis, lalu menjawab, "bukan apa, dia tu pelik. Selalu menyendiri. Lagi-lagi bila dia dilantik sebagai pengerusi Kelab Fotografi. Dia selalu pergi bilik tu. Entah apa yang dibuat," Soojin meneguk sedikit airnya, membasahkan tekak yang kering.

"Kenapa tak ada orang nak kawan dengan dia?" Haechan mula berasa kasihan terhadap sunbaenim-nya. Seharusnya mereka berkawan dengannya. "Ramai dah jadi kawan dia. Kau tahu apa jadi?"

"Apa?"

"Semua hilang. Entah hilang sebab apa. Yang pastinya, diorang hilang sebab berkawan dengan dia. Sebab tu semua tak hiraukan dia," Haechan terkejut. Hilang? Semestinya ini kes berat.

Tetapi Haechan tidak tahu bahawa kehilangan orang-orang tersebut berakhir dengan ngeri.

Psycho » Haechan [✓]Where stories live. Discover now