04

1.1K 176 45
                                    

"Haih lambat betullah dia ni!" Soojin melihat jam tangannya. Sudah hampir 10 minit dia menunggu namun kelibat itu tidak muncul juga. Ketika ini, dia berada di depan kelasnya. "Baik aku pergi-warghhh!"

Ketika dia hendak keluar, seseorang muncul di depannya. Tindakan refleks, dia mencapai sebuah penyapu dan memukul orang tersebut. Namun apabila terdengar suara orang itu, dia segera berhenti.

"Aduh sakit! Berhentilah! Ni aku Haechan!" Lelaki itu memegang penyapu tersebut agar dia tidak dipukul lagi. Soojin yang melihatnya berasa serba-salah namun pada masa yang sama dia hendak ketawa.

Apa tidaknya, Haechan berpakaian seperti seorang pencuri. Dengan topeng mukanya yang hanya menampilkan matanya. Silap-silap, ada juga yang kesesakan nafas. "Lain kali, boleh tak kau ketuk pintu dulu ke apa? Ni tak. Nasib kaulah kena pukul," Gadis itu tertawa kecil. Haechan mencebik.

"Dah lah, baik kita cepat. Oh btw, cantik pakaian kau," Soojin menyindir Haechan. Lalu mereka segera pergi ke atas, ke bilik fotografi. Sesampainya di sana, Soojin mengeluarkan segugus kunci. Haechan tidak tahu dari mana gadis itu ambil. Sebaik sahaja pintu terbuka, mereka segera masuk dan Soojin mengunci semula pintu tersebut. Takut seseorang masuk.

"Ish busuknya kat sini. Habuk pun merata-rata. Apa dia buat kat sini?" Haechan meneliti setiap ruang tersebut. Terdapat sebuah almari besar, rak buku dan juga tiga buah bilik. Bilik itu boleh dikatakan agak besar. Selain itu, pelbagai gambar yang tergantung di dinding, tak kurang juga yang berselerak di lantai. Namun sebuah gambar menarik perhatian Haechan.

Haechan mengamati gambar tersebut, sebelum matanya terbeliak. Tangannya juga gementar. Benarkah apa yang dia lihat ini? Ketika dia hendak mendekati Soojin, mereka terdengar derap tapak kasut seseorang. Secara automatik mereka berpaling melihat pintu. Masing-masing membeku, peluh menitis di dahi. Mereka perlu segera keluar namun nampaknya seperti mustahil.

"Kita kena keluar dari sini!" Haechan berbisik, matanya juga kelihatan ingin menangis. Sungguh dia menyesal kerana ini rancangannya. Namun masa tidak dapat diputar kembali. Dia harus menghadapinya. Di fikirannya, terbayang wajah keluarganya. Dia merasakan hidupnya hampir tamat.

Soojin hanya diam memerhatikan Haechan. Dia juga takut namun pada waktu ini dia harus bijak menyelamatkan diri. Semakin lama, derap kaki itu hampir sampai. Dan akhirnya, pintu yang berkuci itu terbuka kembali. Menampakkan sosok Taeyong.

Psycho » Haechan [✓]Where stories live. Discover now