14

787 134 59
                                    

"Bukan Soojin ma! Sumpah Soojin tak buat abang macam tu!"

Pak pak!

Soojin hanya mampu menahan tamparan daripada Puan Lee. Kenapa susah sangat mamanya mahu percaya?

"Se-sebab kau Taeyong koma tahu tak?!" Puan Lee menahan tangisannya. Tangannya juga tidak berhenti memukul Soojin. Habis kesan lebam muncul di muka dan badan Soojin.

"Tapi abang tu yang nak ro- ahhh sakit!"

"Kau jangan nak cakap abang kau macam tu," ujar Puan Lee lalu berlalu meninggalkan anaknya selepas dia menghantukkan kepala gadis itu ke dinding.

Soojin memegang kepalanya. Ah darah! Tetapi dia tidak mampu bangun. Lama-kelamaan, penglihatannya mula gelap.

••••••••••••••••••••

Chirp chirp

Bunyi kicauan burung menyedarkan Soojin. Dia gagahkan juga diri untuk bangun walaupun sakit. Dia memulas tombol pintu biliknya untuk keluar pergi ke bilik air.

"Eh, kenapa tak boleh buka ni? Mama, buka pintu ni! Soojin terkunci! Mamaaa!" Gadis itu menjerit dengan kadar maksimum, berharap mamanya dengar.

Kedengaran bunyi seseorang melangkah menghampiri biliknya. "Mama ke tu? Ma, buka pintu ni," kata Soojin dalam keadaan merayu.

Klak

Pintu terbuka, menampakkan sosok Puan Lee yang sedang menatang sebuah dulang. Lalu dulang itu diletakkan sahaja di atas lantai sebelum dia keluar semula. Pintu tersebut dikunci kembali.

"Mulai hari ni, kau jangan keluar," ayat itu membuat Soojin terduduk. Kenapa...kenapa mamanya buat dia begini?

"Mama jangan kurung Soojin! Soojin tak salah! Mama, ampunkan Soojin...," Suara Soojin hampir hilang kerana asyik menangis dan menjerit tetapi Puan Lee tidak menghiraukannya.

Bam bam

Soojin menumbuk pintu biliknya, dengan harapan mamanya membuka semula. Akhirnya, dia berhenti. Menangisi kejadian malang yang berlaku dalam hidupnya.

Kenapa dia yang kelihatan seperti pesalah? Padahal dia adalah mangsa. Dia tidak menyangka abangnya berperangai begitu.

Tidak, dia tidak boleh terus begini. Dia perlu buat sesuatu. Dia perlu buktikan bahawa Taeyong yang salah.

Soojin mendekati meja belajarnya. Kelihatan sebuah pisau lipat di dalan salah satu almari. Dia meniliknya sebelum tersenyum.

"Kau dah hancurkan hidup aku. Sekarang, giliran aku hancurkan kau,"

•••••••••••••••••••

Setelah 2 minggu, akhirnya Taeyong tersedar daripada koma. Nampaknya, dia seperti tidak mengingati kejadian itu.

Pada suatu malam, hujan turun dengan agak lebat. Taeyong sudah terlena di atas katilnya.

Kriek

Bunyi pintu terbuka, menandakan seseorang masuk ke dalam bilik Taeyong. Sosok itu perlahan-lahan menghampiri Taeyong.

"Hehe...,"

Psycho » Haechan [✓]Where stories live. Discover now