10

852 142 18
                                    

"Hyung! Tunggu!" Haechan mengejar Taeyong yang masuk ke sebuah bilik. Namun, ketika dia sampai, tiada sesiapa di situ. Dia berasa bingung. Dia rasa dia tidak salah lihat.

"Tak kanlah ada hantu- oh no no!" Haechan menepis semua anggapan tersebut. Lalu dia cepat-cepat turun ke bawah. Cuba berlagak tenang. Lama juga si Soojin buat air. Dia buat untuk satu taman ke apa?

"Soojin, kau kat dapur ke?" Dia bergerak untuk mencari Soojin. Terlihat Soojin berdiri tegak menghadap sinki. Dia menyentuh bahu Soojin. "Woi kau buat apa- eh?!" Mata Haechan terbeliak. Soojin, dia...

Sedang memegang pisau yang penuh dengan darah.

Haechan berundur beberapa langkah. Seketika kemudian, gadis itu seperti sedar dengan tindakannya lalu menjatuhkan pisau tersebut.

Kling!

Soojin terduduk, lalu menangis teresak-esak. Haechan menghampiri Soojin dan dia baru perasan bahawa terdapat kelaran di lengan kirinya. "Weh tangan kau ni berdarah! Jom aku bawa kau pergi hospital!" Haechan hendak memapah Soojin tapi ditolak oleh gadis itu.

"Tak payah. Aku memang selalu buat macam ni," katanya, tangisannya juga makin deras. "Diorang... diorang selalu datang. Aku jadi takut. Aku rasa...ba-baik aku bunuh diri," kata Soojin. Haechan tertanya siapa 'diorang' tersebut.

"Diorang? Siapa? Orang jahat ke?"

"Bu-bukan...tapi parents aku,"

"Eh? Parents kau? Bukan diorang dah meninggal? Ish apa benda kau cakap ni? Aku pening," Haechan becok sekali bertanya, sampai Soojin yang menangis pun mahu mengetuk dia dengan kuali.

"Kau tak kan faham. Diorang ada je dalam rumah ni, cuma kau je tak nampak,"

"Aku rasa, kau ni terlebih tengok cerita hantu. Dah lah, aku nak rawat luka kau," Haechan menarik pergelangan gadis itu. Mengelap darah tersebut dan meletakkan pembalut. Soojin hanya diam memerhati.

"Ada orang lain ke kat rumah kau?" Soojin yang sedang mengelamun tersentak kecil lalu menggeleng.

"Mana ada. Kau je lah,"

"Oh..." Itu sahaja jawapan Haechan. Jadi, siapa yang dia nampak tadi?

"Kau tak ada adik-beradik ke?" -Haechan

"Tak. Aku anak tunggal," -Soojin

Suasana senyap kembali. Masing-masing bungkam, tiada idea untuk berbual. Sudahnya, Haechan membuat keputusan untuk pulang.

"Aku balik dulu. Terima kasih jemput aku," lelaki itu melemparkan senyuman dan disambut oleh Soojin. Lalu Haechan terus berlalu pergi.

"Masa kau akan tiba," bisik si 'dia'.

Psycho » Haechan [✓]Where stories live. Discover now