15

785 143 25
                                    

Puan Lee terjaga lalu bangun menuju ke tandas. Ketika dia melintasi bilik Soojin, dia berhenti. Keadaan di dalam bilik Soojin sunyi sahaja. Mungkin Soojin sudah terlelap.

Tetapi, kenapa pintu ni terbuka? Puan Lee menolak pintu itu. Dia melilaukan matanya melihat katil Soojin. Ya, ada Soojin di situ, berselubung di dalam selimut.

Puan Lee menarik selimut itu. "Soojin, jangan selubung macam ni. Nanti-"

Puan Lee tergamam. Tiada Soojin! Yang ada hanyalah bantal. Lalu wanita itu keluar dan mencari Soojin. Macam mana Soojin boleh keluar?

••••••••••••••••••••

Taeyong terbangun kerana dia merasakan seseorang duduk di atas katilnya. Kerana keadaan yang gelap, dia tidak dapat melihat dengan jelas. Dia menyangka itu ialah Puan Lee.

"Ma...," Taeyong memeluk lengan 'dia' itu sambil menyandarkan kepalanya di atas bahunya.

"Taeyong takut. Tadi Taeyong mimpi pasal adik. Kenapa dia macam benci Taeyong?" Taeyong terus-terusan bercakap, manakala 'dia' hanya diam membisu.

"Taeyong, buka pintu ni! Buka cepat!"

Eh, mama? Mama dekat luar? Kalau mama kat luar, siapa pula sebelah dia ni...

"Argh, sakit!"

"Taeyong, kenapa tu? Buka cepat pintu ni!"

Taeyong sudah jatuh terduduk di atas lantai selepas kakinya ditikam dengan pisau lipat. Dia merangkak menjauhi 'dia'.

"Abang memang tak ingat? Abang dah lupa?"

"Ah Soojin...kenapa ni? Apa abang dah buat?" Sayu sahaja suara Taeyong. Dia memang tidak ingat apa-apa selepas dia jatuh.

Soojin menghampiri Taeyong sebelum mencabut pisau yang terpacak pada kakinya. Jeritan Taeyong bergema.

"Sakit? Kau memang patut sakit. Tak pun, kau mati je terus. Sebab kau, aku kena pukul, kena kurung. Kau? Hidup senang-lenang. Kau bukan manusia, tapi setan," Soojin memaki abangnya. Pisau lipat tadi ditayangkan di depan muka Taeyong.

"Kalau pisau ni masuk dalam perut kau mesti seronokkan? Kau nak rasa tak?"

Taeyong hanya mampu mengeluh. Dia tidak larat untuk bergerak. Sakit kerana tikaman tadi terasa berdenyut-denyut.

Pokk!

"Yahhh! Siapa yang-,"

Puan Lee berjaya masuk ke dalam bilik Taeyong dengan menggunakan kunci pendua. Dia memukul kepala Soojin menggunakan sebuah kayu. Dia takut Soojin akan bertindak kepadanya kerana gadis itu memegang pisau.

"Taeyong, kenapa sampai macam ni?! Jom kita pergi hospital!" Encik Lee mengangkat Taeyong. Soojin pula dibiarkan sahaja terbaring di situ.

'Sakit...," Rintih gadis itu di dalam hatinya.














Ntah bpe kali kepala soojin ni kena pukul 😌✋ HAHAHAHAH AUTHOR JAHAT 😼

Psycho » Haechan [✓]Where stories live. Discover now