08

928 156 36
                                    

"Sebenarnya...aku dengan Taeyong, dah lama kenal," Soojin bercerita dengan takut-takut. Haechan tekun mendengarnya. "Waktu tu, a-aku nak ba-balik. Tiba-tiba, aku nampak Taeyong masuk dalam semak. Aku i-ikut je lah dia sebab aku pelik. Ta-tapi..." Soojin mengetap bibirnya, air matanya jatuh. Haechan segera menenangkan dia.

"A-aku nam-nampak mayat...lepas tu aku tak sengaja terjerit. Dia tangkap aku. Dia kata kalau aku bocorkan rahsia tu, dia...dia nak bunuh aku," sambung Soojin. Raut wajah gadis itu benar-benar ketakutan. Sepertinya dia trauma. Haechan hanya merenung gadis tersebut. Dia berasa kasihan dan pada masa yang sama juga berasa marah.

Dia bersumpah, jika Taeyong berani menyentuh Soojin, dia tidak akan teragak-agak untuk melawan lelaki tersebut.

Meskipun nyawanya yang bakal melayang-

Dia sendiri pun tidak tahu mengapa dia ingin melindungi Soojin. Mungkin kerana perwatakan Soojin yang ceria dan tidak pemalu, dia jadi senang berkawan dengan gadis itu. Dan juga, Soojin satu-satunya yang rapat dengan dia. Ya, kawannya yang lain memang rapat juga dengan dia tapi Soojin seorang sahaja kawan perempuannya.

"Soojin, kau jangan risau. Aku janji, aku akan tolong kau. Selagi aku ada, aku takkan biarkan dia dekat dengan kau," Haechan melemparkan senyuman kepadanya. Cuba untuk menceriakan Soojin. Soojin mengelap air matanya dan tersenyum tipis.

"Terima kasih. Kau sorang je nak kawan dengan aku. Orang lain tak nak kawan dengan aku sebab diorang kata aku sombong," Soojin mencebik. Haechan tergelak mendengarnya. Gembira melihat Soojin sudah tidak sedih.

|Di rumah Haechan|

Haechan POV

Aku menyidai tuala di sebuah penggantung. Lalu aku pergi ke meja belajar, ingin menyiapkan kerja sekolah yang menimbun. Cikgu ni pun, bagi kerja macam esok dah tak ada. Aku membuka bukuku, namun sebuah kertas menarik perhatianku.

Kejap, ni gambar hari tu. Gambar yang sempat aku ambil di bilik fotografi. Sampai sekarang aku tak tahu perlu ke tak aku bagitahu Soojin. Aku membelek gambar tersebut, merenung orang-orang di dalam gambar.

Terdapat dua orang budak, tersenyum dengan lebar. Namun yang menarik perhatianku, terdapat nama yang ditulis dengan pen merah.

Taeyong dan Soojin...

End Haechan POV

Psycho » Haechan [✓]Where stories live. Discover now