16

790 156 33
                                    

"Dik, bangun,"

"Hah...,"

Sebaik sahaja mata Soojin terbuka, dia terbeliak. Tempat ini...ini bukan rumahnya! Juga, ada ramai orang asing yang mungkin sebaya dengannya. Mereka memandang Soojin.

"Sa-saya kat mana ni? Saya nak balik!" Soojin berlari keluar namun dapat ditangkap oleh beberapa orang. Dia dibawa semula ke katilnya.

"Dik, bawa bertenang. Awak sekarang dekat rumah pemulihan. Awak kena duduk sini selama 3 tahun," ujar seorang perempuan berumur awal 20-an.

"Rumah pemulihan...?"

"Ya dik, awak disabitkan dengan kesalahan membunuh kerana awak tikam abang awak sendiri. Tapi sebab awak bawah umur, awak kena masuk rumah pemulihan,"

Soojin tergamam. Dia kena duduk sini selama 3 tahun? Dia disabitkan dengan kesalahan membunuh? Kenapa pada akhirnya dia yang kelihatan jahat?

Kenapa tiada sesiapa yang ingin mendengar masalahnya? Kenapa dia dituduh begini? Soojin menangis teresak-esak.

"Lee Soojin, ada orang nak jumpa awak. Mari ikut saya," seorang petugas lelaki memanggil Soojin. Soojin melangkah dengan malas.

Sebaik sahaja dia dipertemukan dengan orang itu, dia sedikit terkejut. Keluarganya sedang menunggu dia. Mereka hanya boleh bercakap melalui telefon sahaja kerana dipisahkan dengan sebuah cermin.

Soojin mengambil telefon tersebut, "ma, Soojin nak keluar daripada sini," Puan Lee merenung Soojin dengan tajam lalu berkata, "kau nak bunuh abang kau, lepas tu kau nak keluar? Aku nak kau sujud minta maaf kat Taeyong,"

"Ma, jangan macam ni. Tak apa, biar Taeyong cakap dengan adik. Mama dengan papa duduklah luar," Puan Lee memberikan telefon kepada Taeyong sebelum melangkah pergi.

"Luka abang macam mana?"

"Tch, kau tak payah nak tanyalah. Ini balasan yang kau dapat sebab tak ikut cakap aku," Jawapan Taeyong membuatkan Soojin terkejut.

"Aku memang koma, tapi aku ingat lagi kejadian tu. Aku nak tengok permainan kau. Tak sangka, adik aku yang baik ni sanggup nak bunuh aku. Kau nak musnahkan aku, tapi kau yang meringkuk kat sini," Taeyong tersenyum sinis. Dia merasakan dia sudah menang.

"Apa...kau memang lelaki tak guna! Patutnya aku bunuh kau! Aku harap kau mati Taeyong! Kau tunggu aku keluar daripada sini!" Soojin mengetuk cermin di depannya. Akhirnya, dua orang pengawal membawa dia pergi dari situ.

Taeyong melirik adiknya sebelum bangun. Puas hatinya melihat adiknya terseksa.













Ff ni dh 600 lebih yg reads 🤧 thanks to readers n silent readers (≧▽≦). Once ff ni dh completed, i will pub my new ff hehe

Psycho » Haechan [✓]Where stories live. Discover now