11

843 143 18
                                    

"Chenle tu aku punyalah! Jangan curi!"

"Ehhh aku jumpa dulu!"

"Woi korang senyap sikit boleh tak? Memekak macam orang gila!"

"Wahai kawan-kawan, bawa bersabar...,"

"Dah lah tu. Tak malu ke orang tengok?"

Waktu rehat. Waktu di mana semua pelajar bebas membuat apa sahaja. Mahu ke tandas, mahu bermain, mahu bergosip, dipersilakan.

Tidak kurang juga dengan Haechan dan rakannya. Tetapi nampaknya seperti akan ada perang dunia ketiga yang akan meletus.

"Korang," Haechan cuba menarik perhatian mereka. Semua diam dan mula memberi fokus kepada Haechan.

"Aku nak tanya pasal Taeyong sunbaenim,"

Semuanya terkejut sebelum mereka memandang satu sama lain. Sememangnya jika perkara berkaitan Taeyong, mereka sama sekali tidak mahu masuk campur.

"Kan aku dah bagitahu kau hari tu," -Mark

"Ya aku tahu tapi aku rasa macam ada benda lain lagi aku tak tahu. Kau tahu tak, hari tu aku pergi bilik fotografi dengan Soojin. Lepas tu aku jumpa...," Haechan menghentikan kata-katanya.

Di sudut kantin, kelihatan Taeyong merenungnya dengan tajam. Haechan segera bangun dan mengejar Taeyong.

Rakan-rakannya tergamam melihat tingkah Haechan yang pelik.

Namun, Taeyong lebih pantas daripada yang disangka.

Sedar tidak sedar, Haechan sudah berada di aras atas, di mana terletaknya bilik fotografi. Dia berpusing setempat sebelum mencangkung di depan sebuah bilik.

"Mana dia pergi ni...," Gerutu Haechan lalu dia membetulkan tali kasutnya. Ketika dia ingin pergi, dia terdengar bunyi.

Dia menoleh ke arah bilik itu. Bunyinya seperti dari situ. Haechan diam membatu, tidak berani untuk membukanya.

"To-tolong! Jangan buat aku macam ni!" Suara sayup-sayup itu membuatkan Haechan bertekad untuk masuk ke dalam bilik tersebut.

Bam!

Pintu itu terhempas kuat ke dinding. Haechan meneliti setiap sudut bilik itu.

Tetapi, tiada sesiapa!

Haechan memicit kepalanya. Kenapa akhir-akhir ini dia selalu sahaja nampak benda pelik? Sudahlah, baik dia keluar.

Pakkk

'Uh kepala aku...si-siapa yang pukul...,"

Dia pengsan.

••••••••••••••••••••

"Mark, dia tak tahu lagi ke pasal tu?" Jaemin menyoal Mark dengan kerutan di dahinya. Mustahil Haechan tidak tahu.

Berita ini sudah heboh sejak minggu lepas.

"Pelik betul. Macam mana dia boleh tak tahu? Tak kan tak ada siapa bagitahu dia," Jisung menggaru kepalanya.

"Entahlah. Aku pun tak tahu. Aku perasan dia rapat dengan Soojin,"

Masing-masing hanya diam. Mereka perlu cari Haechan untuk memberitahu perkara sebenarnya.

"Dan dia selalu jumpa Taeyong," sambung Mark lagi.

Psycho » Haechan [✓]Where stories live. Discover now