18

800 154 110
                                    

"Abang! Ampunkan Soojin! Soojin tak nak duduk sini!" Soojin memegang kaki abangnya, merayu agar abangnya tidak pergi.

Seluruh kota Seoul gempar dengan kematian pasangan jutawan yang banyak menyumbang dana kepada rumah kebajikan. Pemergian mereka mencetuskan suasana hiba.

Ramai yang bersimpati terhadap nasib dua orang anak pasangan tersebut tanpa mereka mengetahui bahwa pembunuhnya ialah salah seorang daripada anak itu.

Taeyong tidak mahu mengambil risiko menjaga adiknya. Nanti orang akan tahu juga siapa pembunuhnya. Lalu, dia mengambil keputusan untuk meletakkan adiknya di rumah anak-anak yatim.

"Aku bukan abang kau. Jangan kau berani tunjuk muka kau lagi. Kalau tak, aku akan pastikan kau menyesal!" Kata Taeyong lalu berlalu dari situ.

Dia boleh hidup sendiri. Ibu bapanya juga meninggalkan harta mereka di bawah nama Taeyong. Dia bebas untuk membuat apa sahaja.

"Mulai hari ni, aku anak tunggal. Soojin bukan adik aku lagi," gumamnya perlahan. Dan sejak itu, tiada khabar berita daripada Soojin. Tiada juga yang tahu bahawa mereka berdua merupakan adik-beradik.

••••••••••••••••••••

"Oi," Haechan tersedar daripada lamunannya. Dia seperti dibawa ke dalam cerita Soojin. Sepertinya dia dapat merasakan kesakitan yang dialami oleh Soojin.

"Aku cuma nak kawan je. Aku sunyi," Soojin menguis lantai menggunakan kasutnya.

"Tapi cara kau salah! Kau bunuh orang yang tak berdosa!" Haechan membalas kembali. Gadis itu merenung Haechan tanpa perasaan.

"Diorang memang berdosa! Diorang sayang aku lepas tu pergi macam tu je! Aku pun manusia, ada hati dan perasaan! Kau pun sama!" Soojin menjerit dan menutup telinganya. Dia menarik-narik rambutnya.

"Tapi, kalau aku bunuh kau, kau tak dapat lari ke mana-mana kan? Haha betul juga tu!" Soojin menghampiri Haechan dengan kapak di tangannya.

Dia menilik-nilik tubuh Haechan. Dari kepala hingga kakinya. Muka Soojin kelihatan teruja. Haechan menggeletar ketakutan.

"Hm aku mula dari tangan dululah. Lepas tu kaki kau. Biar kau tak dapat jalan. Then, dada kau. Biar kau tengok hati kau yang kotor tu. Kepala kau aku potong last nanti. Wah, menarik!"

"So-soojin, jangan buat macam ni. A-aku sayang kau. Aku tak akan lari daripada kau. Aku janji! Haechan cuba meraih kepercayaan Soojin.

"Tch, ingat aku nak percaya? Okaylah, get ready! Aku dah nak start!" Soojin mengangkat kapak tersebut. Haechan menutup matanya, pasrah tentang perkara yang akan terjadi.














Psiko dh nk habis huhu. Btw, lama jgk flashback dia 🐦. Anyway, thanks 200 votes. Mwah ❤️

Psycho » Haechan [✓]Where stories live. Discover now