- 스물 하나 -

1.8K 179 49
                                    

Notes : This chapter contains an adult conversation.



Tangannya memeluk tubuh sambil merenung dalam pintu bilik dihadapannya. Sekarang dah lewat malam dan esok merupakan hari dimana dia bakal meninggalkan rumah ibunya dan menetap di rumah sendiri. Tapi belum pindah keluar lagi ibunya dah mengasingkan bilik mereka buatkan Jungkook geram.

Keluhan terlepas saat dia terasa ingin mengalah. Takut sebenarnya nak curi-curi masuk bilik Goeun walaupun dia yakin yang ibunya dah tidur. Tangannya sekali lagi ingin mencapai pedal pintu yang keemasan buat kali terakhir namun pintu terbuka dari dalam terlebih dahulu.

"Awak nak masuk ke tak? 10 minit saya tengok awak dekat celah pintu, tak masuk-masuk pun." Bibir dikemam. Goeun nampak rupanya dari dalam. Aish Jungkook dasar bengap. Kau nak masuk, masuk je lah! Terus sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam bilik Goeun sambil tersenyum.

"Aku ingat kau dah tidur." Tuturnya perlahan sambil membuka baju dan disangkut, membiarkan tubuhnya half naked sebelum berbaring di sebelah Goeun. Selimut ditarik menutup tubuh mereka berdua.

"Nanti lepas kahwin, kita duduk rumah awak je lah."

"Taknaklah, rumah tu rumah aku tidur dengan perempuan yang layan aku dulu. Aku tak suka rumah tu." Goeun menghela nafas perlahan. Jadi rumah itu jugalah Jungkook dan ibunya meluangkan masa bukan?

"Kau tak pernah tengok rumah tu pun dah fikir macam-macam apatah lagi dah tengok. Jangan risau, aku beli rumah baru untuk kita. Rumah tu aku sewa." Kepalanya hanya mengangguk. Ada baiknya juga kalau lelaki itu ingin menyewakan rumah tersebut dari terus dijual.

"So tell me, kau nak berapa anak?"

"Kenapa tanya soalan tu tiba-tiba?" Kepalanya melangut sedikit. Memandang Jungkook yang sedang tersengih sendiri memandang siling. Tangannya menepuk dada lelaki itu supaya berhenti dari terus berangan tentang masa depan.

"Saya nak anak seorang je."

"WHAT?!" Tangannya naik mengurut pelipis. Goeun tak sedar ke betapa berkebolehannya dia untuk bagi anak lebih dari seorang sehabis baik tapi gadis itu hanya inginkan anak seorang? Apa dia fikir aku tak kuat ke walaupun dah buat dengan beberapa orang sebelum ni?

"Melawak je."

"Tapi kalau nak seorang pun tak kisah. Aku tak marah pun." Goeun tersenyum nipis. Walaupun Jungkook tak henti bercerita tentang perkahwinan disebabkan dia percaya mereka akan berkahwin seminggu dari sekarang tak kira apapun, tapi hatinya sentiasa berat.

"Jungkook,"

"Hmm?" Matanya berkerdip beberapa kali saat terasa dadanya diusap oleh Goeun. Semakin lama semakin ke bawah buatkan dirinya semakin tak keruan. Tepat sahaja tangan gadis itu memegang seluarnya, segera dia menahan.

"Aku dah janji taknak sentuh kau sebelum kahwin."

"So awak taknak?"

"Nak, tapi lepas kahwin. Seminggu je lagi." Pujuknya. Walaupun dirinya tika ini seakan ingin mengalah namun dia cuba sedaya upaya untuk menahan. Disebabkan Goeun sangat jarang untuk menggodanya jadi bila gadis itu mula bertindak sumpah dia susah untuk tahan diri.

"Goeun."

Matanya dipejam sambil menhembus nafas perlahan. Cuba untuk bertenang tika seluarnya kini sedang cuba untuk dibuka. Tangannya masih menggenggam tangan Goeun dibawah selimut.

"Jungkook,"

"Hm?"

"Awak rasa saya boleh puaskan awak macam eomma tak?"

Sugar Daddy [16+]Where stories live. Discover now