- 일곱 -

3.9K 372 22
                                    

"Kau kenapa muka macam ni? Tak berseri je dua tiga hari ni?" Aku berkalih memandang Chaeyong sambil menggeleng perlahan. Dan aku dah cuba sehabis yang boleh untuk tahan rasa mual aku dekat tekak sebab aku rasa nak muntah sangat-sangat. Tapi kalini tak mampu. Aku yang sedia berdiri di hadapan sinki dapur sejak tadi kini menunduk.

"Werkk!" Berkerut dahi aku menahan rasa pahit dan sakit di bahagian perut aku. Walaupun air sahaja yang keluar, rasanya sangat pahit kerana seharian aku tak makan dan hanya minum air. Gastric aku datang balik dan perut aku masuk angin teruk dari semalam.

"Kau kena gastric balik la ni. Kau tak makan ke kelmarin?" Soal Chaeyong sambil menggosok belakang tubuh aku.

"Aku keracunan makanan dua hari lepas. Lepastu selera makan aku hilang la. Aku tak boleh telan langsung. Masuk je terus aku muntah balik. Aku lapar tapi, tak boleh makan. Sakit perut." Dan aku hampir sahaja menangis sebab sedih. Aku memang nak makan sangat. Tapi bila makan aku muntah balik.

"Dah, jom aku bawa kau rehat dalam office. Kau tidur dulu eh. Aku suruh Miya jaga kedai, aku pergi beli bubur dekat kau. Kau rehat dulu." Aku mengangguk perlahan dan mengikut langkah Chaeyong. Tangan aku di atas bahunya dan pinggang aku dipeluk kuat olehnya.

Sampai sahaja di ofis, terus aku berbaring di atas sofa yang ada di situ. Walaupun kecil, tapi terpaksa la. Aku baring melentang dan kaki aku yang sememangnya tak muat, aku letakkan di atas tempat letak tangan sofa membuatkan kaki aku terjuntai sikit ke bawah. Ah biarlah, asalkan aku masih boleh berbaring.

"Perut kau memulas?" Aku angguk. Aku mengambil bantal dan tekapkan pada perut. Walaupun tak mampu menghilangkan rasa sakit tu, aku cuba untuk menahan.

"Aku pergi beli makanan. Kau tidur dulu. Lagi empat jam kita balik. Aku hantar kau." Aku hanya mengiyakan kata-kata Chaeyong sambil senyum nipis. Mulut aku bergerak mengucap terima kasih dan Chaeyong mengangguk sebelum bangkit dari sisi sofa dan keluar dari ofis.

⚔️ Sugar Daddy ⚔️

Sedang Jungkook berjalan menuju ke arah kafe milik Goeun, Jungkook terserempak dengan Chaeyong yang dalam perjalanan untuk kafe. Jungkook menahan lengan Chaeyong membuatkan wanita itu memandangnya dengan pandangan dingin. Namun setelah tahu itu Jungkook, wajahnya melembut.

"Beli makanan?"

"Ha, bubur untuk Goeun. Dia gastric teruk sebab tak makan dua hari." Terangkat kening Jungkook. Ditarik tangan Goeun untuk masuk ke dalam kafe dan Jungkook mengikut langkah Chaeyong untuk menuju ke ofis.

"Memandangkan awak ada sini, awak jaga dia kejap ya? Saya kena tolong Miya jaga kedai." Terus Chaeyong tinggalkan Jungkook bersama dengan bubur yang dibelinya tadi. Jungkook menolak perlahan pintu bilik ofis dan mengintai di dalam. Kelibat Goeun di hujung bilik menyapa pandangan.

Jungkook masuk ke dalam dan pintu ditutup semula. Goeun sedang mengiring sambil lutut rapat ke dada. Jungkook melutut di sebelah sofa sambil mengemaskan rambut Goeun.

"Goeun, ni Chaeyong dah belikan kau bubur. Makan." Kejut Jungkook membuatkan Goeun mencelikkan matanya. Terkejut dia saat Jungkook berada di hadapannya tika ini. Sejujurnya dia sangat rindukan Jungkook dalam masa yang sama. Sudah seminggu lelaki itu hilang dan tak berhubung dengannya langsung.

"Bangunlah." Perlahan, Jungkook membantu Goeun untuk duduk dan bersandar pada sofa. Bubur yang dibeli Chaeyong tadi diambil dan punggungnya dilabuhkan di sebelah Goeun. Badannya berkalih menghadap Goeun.

Sugar Daddy [16+]Where stories live. Discover now