- 열 다섯 -

3K 318 42
                                    

Aku berkalih sebaik sahaja Jungkook masuk ke dalam bilik. Dia berbaring di sebelah aku dan turut berselimut. Aku memandang wajahnya, menunggu kata-kata dari Jungkook sebab tadi eomma dengan appa nak jumpa dia seorang je.

"Awak cakap apa dengan diorang?"

Jungkook diam. Dia nampak macam berat je nak cakap.

"Appa kau tunggu dekat bawah. Dia nak cakap dengan kau. Pergilah." Aku memandang mata Jungkook buat beberapa saat dan bangun dari katil. Aku turun ke bawah dan duduk di sebelah appa di atas sofa.

"Goeun,"

"Ya?"

"Appa takde pilihan lain selain bercerai dengan eomma." Aku memandang eomma yang duduk di sofa satu. Riak wajah dia cuma biasa tapi appa pula kedengaran sedih. Sampai betul hati eomma nak buat appa macamni?

"Eomma." Eomma berkalih.

"Kenapa Goeun wujud?"

"Goeun tanya soalan apa ni?" Eomma mengurut pelipis.

"Eomma kahwin dengan appa bukan sebab cinta ke? Goeun lahir bukan sebab eomma dengan appa cukup bahagia ke selama korang berdua kahwin? Eomma, kalau tak cintakan appa kenapa lahirkan Goeun?"

Aku berdiri di hadapan eomma bila eomma berdiri dan cuba untuk beredar.

"Eomma pandanglah anak eomma ni." Eomma endahkan aku.

"Eomma sanggup ke tengok anak eomma sedih?"

"Semua ni takkan jadi kalau Goeun tak bercinta dengan Jungkook." Aku hampir tergigit lidah sendiri bila dengar kata-kata eomma. Eomma masih tak boleh move on ke?

"Eomma!"

"Eomma nak bercerai dengan appa dan kahwin dengan Jungkook." Dan badan aku ditepis. Aku kaku di tempat aku berdiri dan masih tak percaya dengan apa yang aku baru dengar. Appa bangun dan mendekati aku.

"Goeun, naik tidur. Esok—"

"Goeun nak keluar." Aku terus berjalan ke pintu rumah dan keluar. Aku masukkan tangan ke dalam jaket jeans aku dan berjalan. Lama-lama air mata aku jatuh dan aku tak dapat tahan diri dari menangis.

"Yah Kim Goeun!" Sepantas kilat, badan aku ditarik seseorang dan pada masa yang sama, sebuah kereta melepasi kami. Aku memandang ke arah pemandu tersebut yang keluar dan berjalan menuju ke kami.

"Kau gila ke budak?! Jalan tak tengok kiri kanan?!" Aku menelan liur.

"Saya minta maaf." Jawab lelaki yang memeluk aku dan menunduk hormat. Kemudian tubuh aku ditarik ke tepi. Aku mengangkat muka, memandang lelaki di hadapan aku. Tak tahu nak rasa terharu atau tak sebab aku tengah kecewa.

"Kau memang nak mati awal ke hah?" Aku alihkan pandangan dan tangannya yang sedang memeluk tubuh aku, aku tepis dan duduk di bustop.

"Kalau aku tak ikut kau keluar tadi, agaknya aku tunggu dekat rumah pun kau tak balik-balik." Aku menjeling.

"Jangan bebel boleh tak?"

"Macam mana aku tak bebel? Aku tahu la kau tengah stres tapi kalau jala—" aku tutup mulutnya dengan tangan aku bersama dengan pandangan yang tajam. Jungkook menepis dan melepaskan keluhan.

"Goeun, aku takkan kahwin la dengan eomma kau. Aku taknak." Pinggang aku dipeluk dan ditarik supaya aku mendekat.

"Takkan aku nak jadi ayah tiri kau?" Terus aku jentik dahinya membuatkan Jungkook mengaduh.

"Memang tak lah."

"Aku tahu kau tak suka eomma appa kau cerai tapi bagi appa kau, itu je yang terbaik." Aku diam dan mendengar.

Sugar Daddy [16+]Where stories live. Discover now