- 여섯 -

4.2K 386 86
                                    

"Anak appa tak masuk kerja harini?" Aku berkalih saat suara appa menyapa gegendang telinga. Aku ukir senyuman sebelum tangan appa aku tarik dan mengajaknya duduk di meja makan.

"Goeun masuk petang sikit, pagi ni Chaeyong yang jaga dengan budak baru masuk." Appa mengangguk faham sambil memandang sekeliling sebelum bibirnya naik mengukir senyuman dan kini matanya beralih ke arah aku. Aku turut tersengih.

"Anak appa masak ke? Appa bau something sedap ni." Aku ketawa mendengar kata-katanya. Kepala aku angguk dan aku bergerak ke dapur dimana tteokbeokki yang aku masak tadi aku letakkan sedikit di dalam mangkuk buat appa. Kan harini dah janji nak masak untuk Jungkook.

"Goeun cuba ikut resepi mendiang halmeoni, appa cuba rasa. Sedap tak?" Tanpa banyak cakap terus appa capai chopstick dan tteok disuap masuk ke dalam mulutnya dan dikunyah. Setelah ditelan, appa memandang aku dengan pandangan bersinar.

"Sebijik! Wah! Anak appa pandai masak tteokbeokki yang sama macam halmeoni buat. Pandainya diaaa." Aku ketawa mengekek bila appa melayan aku macam aku budak 5 tahun. Bahunya aku tampar mengada. Sengaja betul. Aku pandang ke arah tangga.

"Mana eomma?" Appa geleng membuatkan aku kerut dahi.

"Semalam kita balik, eomma tidur. Pagi tadi appa bangun, dia dah tak ada. Appa ada tersedar pukul 5 pagi tadi. Tapi appa tak bangun. Tadi dah cuba call tak angkat pun." Aku melepaskan keluhan. Kesian appa, eomma keluar awal pagi langsung tak bagitahu. Dia pergi mana awal-awal pagi ni?

"Takpelah, kita makan berdua. Harini appa pun masuk petang kan? Hantarkan Goeun sekali boleh?" Ujarku dan appa mengangguk sambil senyum dengan pipi yang kembung sebab tengah kunyah tteok buatan aku. Haih, comel!

⚔️ Sugar Daddy ⚔️

"Kau tunggu Jungkook dekat kafe seorang boleh ke? Aku berat nak tinggal kau seorang ni." Aku hanya senyum sebelum mengangguk. Okay, tak jadi masalah. Chaeyong yang risau lebih padahal aku tak takut pun. Dekat-dekat jam 12 nanti aku balik lah.

"Okaylah, balik dulu. Jangan buat benda pelik-pelik dengan Jungkook." Aku terus tolak kepalanya dan Chaeyong ketawa mengekek. Aku nak tunggu Jungkook sebab nak ajak makan tteok bukan nak buat benda tak baik. Haih Chae, kau yang gatal sebenarnya!

"Kirim salam rindu dekat Taehyung, rindu dia." Ujarku dan Chaeyong hanya angguk. Taehyung, kembar Chaeyong yang dulunya rapat dengan kami berdua semasa bersekolah. Sekarang jarang jumpa sebab kerja kami berbeza. Taehyung cuti Sabtu dan Ahad manakala aku dan Chaeyong tak pernah cuti.

"Okay, nanti aku ajak dia datang kafe lepak. Aku balik dulu!" Aku hanya angguk dan melihat pemergian Chaeyong dari sini. Aku memandang tteok yang aku dah panaskan untuk makan bersama Jungkook. Petang tadi dia dah janji nak datang lepas aku habis waktu bekerja.

Jadi aku tunggu dia di kafe. Sambil duduk berseorangan dan menatap skrin telefon, aku tak sedar yang akhirnya kepala aku berlabuh di atas lengan dan akhirnya aku terlelap bersama tteokbeokki yang sudahpun sejuk.

⚔️ Sugar Daddy ⚔️

"Kenapa hantar Mommy awal harini Jungkook?" Soal wanita yang berusia di awal 40-an itu sambil memandang Jungkook. Jejaka kacak muda disebelahnya ini merupakan Sugar Daddynya. Siapa sangka dia masih laku di mata lelaki semuda Jungkook?

"I ada date Mommy, lagipun dah lambat dua jam nak jumpa dia sebab Mommy goda tadi kan? Go inside, mandi lepastu tidur. Night," Ucap Jungkook dan Juyun hanya mengangguk. Pipi Jungkook dicium sekilas sebelum keluar dari kereta sport milik lelaki itu. Juyun masuk ke dalam rumahnya yang gelap.

Sugar Daddy [16+]Where stories live. Discover now