- 아홉 -

3.3K 317 45
                                    

Aku segera menutup gas dapur setelah ramyeon siap dimasak. Fuh! Dah lama aku tak makan ramyeon ni, rasa teruja pula. Aku segera duduk di meja makan dan bersedia untuk makan. Tapi, hempasan pintu utama rumah yang sangat kuat menghentikan aku.

"Awak jangan sibuk hal saya boleh tak?! Dah berapa kali saya cakap jangan masuk campur!" Serta-merta badan aku membongkok lemah. Dah hampir seminggu eomma dengan appa bergaduh macamni. Aku tak faham dengan masalah eomma. Sumpah.

Aku bangkit dari kerusi dan berjalan ke arah pintu dapur dan berdiri di sebalik dinding. Aku nampak eomma asyik nak lari dari appa tapi appa tahan eomma. Aku nampak appa agak terdesak nakkan penjelasan daripada eomma. Appa nampak kecewa.

"Saya cuma nak awak bagitahu saya, bila awak berhenti kerja dekat kedai dan kenapa awak asyik keluar pagi dan balik hampir tengah malam?" Appa bertutur perlahan. Seakan berputus asa cuba untuk mendapat jawapan daripada eomma.

"Kalau awak nak tahu sangat, saya memang dah berhenti lama kerja dekat kedai tu! Dan setiap hari saya keluar, sebab saya jumpa boyfriend saya! Budak yang hantar saya tadi tu memang teman lelaki saya!" Aku sendiri tergamam bibir mendengar kata-kata dari eomma.

Tanpa berkata, appa terus sahaja keluar dari rumah meninggalkan eomma yang akhirnya duduk di sofa sambil memicit batang hidungnya. Aku segera ke pintu utama rumah dan keluar, cuba mengejar appa.

"Appa!" Jeritku namun kereta appa terlebih dahulu bergerak meninggalkan kawasan rumah membuatkan aku melepaskan keluhan. Aku berkalih memandang ke dalam rumah. Apa jadi dengan keluarga aku ni? Siapa lelaki yang eomma maksudkan?

Dia buta ke sampai mak aku pun dia nak jadikan teman wanita? Mak aku tu mak orang tau, entah-entah sebaya dengan mak dia. Aku segera masuk ke dalam dan terus menuju ke dapur tanpa menghiraukan eomma di ruang tamu.

Ramyeon yang sudah kembang itu aku tenung sedih. Aku lapar tapi mood makan aku hilang. Namun setelah difikirkan yang tiada siapa nak habiskan aku duduk semula dan makan. Walaupun dah kembang tapi masih sedap. Sambil makan, kepala aku ligat fikirkan appa.

"Appa okay ke?" Aku soal sendiri.

Aku bangkit dan basuh mangkuk yang aku gunakan sebelum berjalan naik ke atas untuk menjenguk eomma. Eomma tengah tidur dan aku tutup kembali pintu bilik appa. Segera aku masuk ke dalam bilik aku dan telefon aku capai. Nombor appa aku dail dan aku tekapkan pada telinga.

"Appa?"

"Appa tumpang rumah kawan appa beberapa hari. Geoun tolong tengokkan eomma. Sorry, sayang." Tak sempat aku membalas appa dah matikan talian dan aku hanya diam sambil duduk di birai katil. Kenapa aku rasa muram sangat kebelakangan ni?

Ting!

국배✨
Online

Can I call you?
00.23 a.m.

Kenapa?
00.23 a.m.

Jungkook bluetick aku dan tak lama lepastu masuk panggilan daripadanya membuatkan aku terus angkat.

"Ya?"

"Sorry harini tak dapat ambil kau balik kerja." Tutur Jungkook di hujung talian membuatkan aku mengukir senyuman nipis. Tak sangka Jungkook nak minta maaf. Comel betul.

"Takpe, saya balik dengan Chae." Balasku sebelum mula berbaring dan pejamkan mata. Suara Jungkook sedikit-sebanyak membuatkan aku terasa tenang. Aku tak tahu apa nak jadi dengan hubungan eomma dengan appa. Kadang-kadang rasa nak meluah dekat Jungkook.

Sugar Daddy [16+]Where stories live. Discover now