- 스물 일곱 -

880 135 54
                                    

[ 2 Months Later ]

"Hello?"

"Noona.. cepatlah ambil Hyun dekat rumah aunty Jeesoo." Goeun ketawa kecil mendengar suara tak bermaya Hyun. Sejak dua bulan yang lepas, Goeun berjaya membuka kafe miliknya sendiri di pekan Jeju dengan bantuan Haejoo. Dan sejak dua minggu yang lalu, kafenya mula dikunjungi orang ramai buatkan Goeun sangat terharu dengan kejayaan yang dia ada sekarang.

Tak sia-sia dia kumpul duit selama bekerja dulu. Boleh jadi modal untuk dia buka kafe sendiri. Malah ayahnya juga kerap-kerap datang Jeju-do untuk berjumpa dengannya begitu juga dengan Hyun.

"Harini ramai orang sayang, noona tak boleh tutup kedai awal. Hyun main je lah dengan anak aunty Haejoo. Dia kan banyak mainan?"

"Anak aunty Haejoo, asyik buat kerja sekolah je. Hyun dah la tahu abc dengan 123 je. Mana tahu kerja yang dia buat tu." Goeun ketawa lagi. Tahu pun merengek bila tak faham apa yang budak sebaya dia buat. Orang nak hantar pergi sekolah, tak mau.

"Nak noona call Haejoo hyung?"

"Nak! Nak pergi jalan-jalan."

"Okay, Hyun tunggu dekat sana. Nanti Haejoo hyung datang ya? Sebelum balik cakap thank you dekat aunty Jeesoo tau?"

"Okay!"

Goeun menamatkan panggilannya bersama Hyun dan beralih untuk menelefon Haejoo pula. Memandangkan lelaki itu akan balik ke Seoul malam ini jadi masih ada lagi masa untuk dia luang masa dengan Hyun dan sempat juga lah Goeun untuk balik kalau Haejoo dah nak hantar Hyun ke rumah.

Selesai, Goeun bangkit dan keluar dari ofisnya dan bergerak ke meja-meja yang sudah tiada pelanggan untuk mengangkat cawan yang kosong. Meja tersebut dilap bersih dan cawan-cawan tadi dibawa ke dapur untuk dicuci.

"Sekarang dah pukul 8, lagi dua jam nak tutup kedai tapi ramai lagi orang ni. Ramai betul customer kita harini Goeun." Kepalanya mengangguk setuju. Oh ya, Goeun juga berusaha untuk mencari pekerja yang mampu tawar diri untuk bekerja dibawahnya sebagai permulaan untuk berniaga. Dan syukur, tiada masalah untuknya untuk membayar gaji pekerja-pekerja dibawahnya memandangkan sales bulanan mereka yang semakin menaik.

"Thank you, Mia, Lyn. Sebab nak kerja dengan saya. Harapnya korang berdua tak rasa terbeban la kalau ramai customer datang macam harini ya? Nanti saya cuba cari pekerja lagi untuk tolong kita okay?"

"Takde masalah lah Goeun, lagipun awak yang bos tu pun buat kerja sekali. Sepatutnya awak tak payah pun datang kerja." Goeun menggeleng perlahan. Dia ada pengalaman bekerja di kafe selama beberapa tahun. Takkan nak sia-siakan pengalaman yang dia ada begitu sahaja?

"Nampak customer macam makin kurang dah ni sebab ramai yang dah balik. Kalau pukul 9 nanti dah lengang, kita boleh la tutup kedai. Saya pun nak balik awal sikit sebenarnya."

"Okay bos!"

⚔️ SUGAR DADDY ⚔️

"Goeun kami balik dulu tau! Awak jangan duduk lama sangat dekat kedai!" Kepalanya mengangguk sambil tangan melambai Mia dan juga Lyn yang sedang berada di pintu masuk kedai. Sebaik sahaja kelibat mereka berdua hilang, Goeun kembali menyambung kerjanya di kaunter bayaran.

Sugar Daddy [16+]Where stories live. Discover now