- 열 아홉 -

2.2K 246 65
                                    

Goeun memandang dari jauh pub yang ibunya sering keluar dan masuk sejak dia pindah ke rumah Jungkook. Di mata orang, mereka takkan percaya yang ibunya mempunyai seorang anak gadis yang dah berusia 25 tahun. Kerana ibunya tampak masih muda, badannya masih ramping malah beliau mempunyai rupa paras yang cantik. Nampak macam wanita yang umurnya 30-an.

Itu semua disebabkan dia kahwin awal dan lahirkan Goeun di usia muda dan hanya mempunyai seorang anak. Kadang-kadang Goeun sendiri rasa tercabar dan merendah diri sebab dia sering dikatakan adik kepada ibunya, bukan anak.

Tak mustahil juga lelaki sekacak Jungkook untuk jatuh cinta dengan Juyun.

Keluhan terlepas dari bibir sebelum dia berpatah semula, menjauhi kawasan pub untuk pulang ke rumah. Tangan diseluk ke dalam poket jaket jeans miliknya. Saban hari dia tak sengaja terlihat mesej dari ibunya sendiri terpapar di notifikasi telefon Jungkook ketika lelaki itu sedang bersihkan diri.

Tanpa ragu mesej tersebut terus dibuka buatkan dadanya tersentak melihat gambar yang amat menghairahkan memenuhi ruangan chat. Tanpa lengah segera memadam mesej tersebut untuk elakkan Jungkook dari tahu yang dia menerima mesej baru.

Kakinya berhenti dari terus melangkah. Kurang dari dua minggu dia dan Jungkook bakal bersama sebagai suami isteri. Entah mengapa perasaan tak yakin dan kecundang sentiasa bergelumang di dalam diri. Apa yang sedang mengganggunya ketika ini?

"Goeun?"

Dirinya tersedar dari lamunan yang sekejap saat namanya disebut. Kepalanya diangkat, memandang seorang jejaka yang jaraknya 5 langkah dari tempatnya berdiri tika ini.

"Taehyung."

Goeun mendekat sambil tersenyum. Tak sangka boleh terserempak dengan kembar si Chaeyong dekat sini.

"Kau buat apa termenung dekat situ?" Senyumannya hilang. Taehyung ketawa perlahan, iyelah dia dari tadi berdiri dekat sini tengah tengok Goeun termenung sambil berdiri. Dia tegur pun sebab terasa yang Goeun ni macam tak sedar diri je tadi.

"Kau nak kahwin tak bagitahu pun?"

"Aku bagitahu Chaeyong kan? Dia tak bagitahu kau ke?" Taehyung menggeleng. Bertuah punya Chaeyong, bukan nak bagitahu dekat kembar dia ni pasal jemputan hari perkahwinan tu.

"Apa-apa pun tahniah. Next time waktu aku kahwin, aku jemput kau pula." Taehyung tersengih. Goeun mengangguk laju. Mestilah dia akan pergi, kalau Taehyung tak jemput pun dia tetap akan pergi bila lelaki itu kahwin nanti. Bercinta, bertunang dah lama tapi belum kahwin.

Goeun berkalih memandang Taehyung saat telefon lelaki itu berdering. Kepalanya berkalih ke depan semula dan bibirnya dikemam.

"Goeun, aku nak pergi dah ni. Nanti bila free kita lepak lagi okay?" Goeun mengangguk sebelum melambai tangannya pada Taehyung. Busy betul lelaki tu sekarang. Sudahlah nak jumpa pun susah, dah jumpa sekejap pula. Baru ingat nak meluah tadi.

⚔️ SUGAR DADDY ⚔️

"Duduklah."

"Eomma nak apa sebenarnya? Tadi call Jungkook cakap eomma hampir kena rompak. Tapi nampak elok je?" Dahinya berkerut sedikit. Jam pada skrin telefonnya dikerling. Sekarang dah pukul 11 malam. Miss call dari Goeun pula ada 4. Dia nak telefon balik tapi bateri tinggal 1%. Takut telefon nanti tak sempat nak cakap dah termati.

"Minum air ni dulu. Lepastu tolong tengokkan bilik Goeun. Bilik dia bersepah sebab orang pecah masuk." Jungkook mengerling pintu bilik Goeun yang terbuka dan gelap saja di dalamnya. Tanpa ragu terus sahaja jus yang terhidang di meja berdepan dengannya diteguk sehingga habis sebelum dia bangkit.

Sugar Daddy [16+]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ