- 스물 아홉 -

1.4K 149 76
                                    

Sedaya-upaya nafasnya ditahan ketika lengan kirinya yang berada di bawah leher Jungkook ditarik agar dia dapat bangun dari katil. Nafas dihela dan ditarik laju sebaik sahaja tanganya berjaya ditarik keluar. Kini lengan Jungkook yang melilit sekeliling pinggangnya erat dipandang.

Apalah nasib.

Tangan kanannya dibawa ke belakang tubuh, ingin mencapai pergelangan tangan Jungkook agar dia dapat mengangkat tangan lelaki itu. Serentak, tubuhnya turut dikalihkan membelakangi Jungkook agar dia dapat turun dari katil jika berjaya melepaskan diri dari pelukan tersebut.

"Eughh~" tubuhnya berhenti bergerak tika terdengar gumaman perlahan dari lelaki di belakangnya. Saat pelukan terasa melonggar, terus sahaja dia bangkit dan berlari anak keluar dari bilik dengan senyuman bangga. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik Hyun.

"Hyun~" panggilnya perlahan sambil melabuhkan punggung di birai katil. Rambut Hyun diusap-usap sambil merenung wajah tenang anak lelaki itu sedang tidur dengan nyenyak. Disebabkan tak sanggup nak kacau budak tu tidur, Goeun melangkah keluar dari bilik dan ingin berlalu ke dapur.

Namun tangannya direntap sebaik sahaja dia lalu di hadapan pintu biliknya.

"Yah!" Marahnya saat tubuhnya dihentak ke belakang pintu. Dahinya berkerut menahan sakit di belakang tubuhnya sambil memandang Jungkook dengan pandangan yang tak puas hati.

"Kau pergi mana?" Matanya membulat tika Jungkook bertanya sambil wajah sedang disembam ke leher miliknya. Hembusan nafas yang menyapa bahagian tersebut benar-benar menaikkan bulu roma serta rama-rama yang berada di dalam perut mula berterbangan.

"Saya jenguk Hyun. Awak ada nak makan apa-apa? Saya boleh masak."

"Hm. Aku nak makan ni."

"ARRKK!! SAKITLAH!" Marahnya sambil menepuk-nepuk bahu Jungkook ketika lelaki itu bertindak menggigit lehernya. Goeun mendengus tika mendengar Jungkook ketawa.

"Awak tak sakit kepala ke? Saya sakit, menangis banyak sangat." Tururnya tika Jungkook menarik tangannya untuk kembali berbaring di atas katil.

"Sakit. Rasa macam nak pecah kepala. Aku tak pernah menangis macam semalam." Goeun hanya membiarkan tubuhnya menjadi bantal peluk sekali lagi. Matanya dipejam memandang rasa mengantuk masih ada. Bilik pun gelap dan dingin, memang rasa lagi mengantuk la jadinya.

"Goeun, Hyun tidur lagi kan?"

"Hmm."

"Goeun."

"Mhm?"

"Kau.. still sayangkan aku?" Matanya dibuka. Namun bibirnya diam tak bergerak memandangkan dia tak rasa ingin menjawab pertanyaan tersebut.

"Aku still sayang kau." Matanya berkedip. Sayang.. ya, tak pernah sekalipun dia berhenti sayangkan Jungkook. Memandangkan dia tahu apa yang terjadi di Seoul. Jadi tak ada sebab untuk dia bencikan lelaki itu. Cukuplah semalam hati dia rasa sakit sangat bila tengok Jungkook menangis.

Selepas beberapa ketika, Goeun membuntangkan matanta tika Jungkook merapatkan tubuh mereka berdua.

"Jeon Jungkook."

"Hm?"

"Awak..har— umpphhh—!" Tak sempat ingin menghabiskan kata-kata, Jungkook terlebih dahulu menyelitkan tangannya dibawah leher Goeun dan wajah gadis itu dikalih supaya menghadapnya seraya bibir gadis itu dicium.

"Goeun."

"Tolong aku boleh?"

"Tak boleh." Dingin nadanya membalas.

Dostali jste se na konec publikovaných kapitol.

⏰ Poslední aktualizace: Jun 16, 2021 ⏰

Přidej si tento příběh do své knihovny, abys byl/a informován/a o nových kapitolách!

Sugar Daddy [16+]Kde žijí příběhy. Začni objevovat