- 열 여덟 -

1.9K 231 38
                                    

"Goeun," saat namanya disebut oleh Sarah, terus kepalanya berkalih. Memandang ke arah wanita itu yang sedang menuruni anak tangga, berjalan ke arahnya di ruang tamu. Goeun ukir senyuman sebaik sahaja Sarah melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Tak naik tidur lagi ke?" Goeun menggeleng.

"Tunggu Jungkook balik. Dia keluar pergi kedai kejap. Unnie tak tidur lagi?" Sarah turut menggeleng. Goeun mencuri lihat wajah Sarah yang agak muram. Duduknya diselesakan menghadap wanita itu untuk mula berborak. Dia pun tak kenal sepenuhnya lagi dengan Sarah.

"Uhm, Unnie ada benda yang unni nak cerita? Goeun boleh dengar." Senyumnya sambil memandang Sarah. Bibir wanita itu naik turut mengukir senyuman. Bibirnya dikemam sekejap. Dia memang perlukan seseorang untuk berbual tika ini.

"Unnie rasa malu sebab terpaksa tinggal dengan mommy, dengan Jungkook balik lepas apa yang unnie dah buat dekat diorang." Goeun mengangguk perlahan. Dia faham apa yang Sarah cuba sampaikan. Dulu lagi Jungkook dah pernah ceritakan serba sedikit tentang Sarah padanya.

"Tapi mommy layan unnie baik je tadi, maksudnya mommy tak kisah pun. Unnie tetap anak kandung dia kan?" Sarah menunduk. Terasa tangannya digenggam oleh Goeun buatkan dia terasa semakin sebak.

"Kalau dah sayang, benci macam mana pun sayang tu takkan hilang unnie." Goeun tersenyum. Serta-merta hubungannya dengan ibunya terlintas di fikiran. Bagaimana dia rasa kecewa bila dapat tahu ibunya berlaku curang, berpisah dengan ayahnya dan masih mengejar cinta Jungkook, Goeun tak mampu untuk membenci.

"Mommy mesti happy bila nampak unnie bawa balik cucu dia yang comel tu. Jungkook pun suka Taewon walaupun dia acah-acah dingin dengan unnie." Goeun cuba memujuk. Sedikit sebanyak wajah Sarah berubah ceria. Senyumannya nampak lebih manis.

"Uhm unnie nak tanya sikit boleh?" Goeun mengangguk.

"Macam mana Goeun kenal Jungkook?" Serta-merta hujung bibirnya naik. Goeun menahan senyum bila teringat cara lelaki itu memberi nombor telefonnya dulu. Acah bethol.

"Satu hari tu Jungkook datang kafe, beli kopi. Lepastu dia ada tinggalkan nombor dia tapi Goeun terbuang. Then dia datang lagi sekali, berkenalan dengan Goeun. Macamtu je la." Sarah menarik pipi Goeun yang dah memerah.

"Thank you sebab terima dia seadanya. Jungkook baik orangnya, penyayang sangat-sangat tapi sebab unnie, dia berubah. Unnie minta maaf." Goeun menggeleng perlahan. Nampaknya Sarah betul-betul terkesan akan kesilapannya yang lalu.

"Unnie, ini semua takdir. Goeun percaya yang unnie boleh bahagia. Boleh berbaik dengan mommy, dengan Jungkook macam dulu."

"Thank you, Goeun sebab bagi semangat dekat unnie."

"Sama-sama, unnie naiklah tidur dulu. Goeun tunggu Jungkook." Sarah mengangguk dan bangkit dari sofa. Perlahan-lahan kakinya mendaki anak tangga dan masuk ke biliknya. Goeun turut bangkit dan bergerak ke pintu rumah. Dahinya berkerut bila terlihat kereta Jungkook dah terparkir elok dekat depan dia.

"Mana Jungkook?" Pintu ditutup semula dan kakinya melangkah masuk ke dapur.

"Awak, bila awak balik?" Kakinya melangkah mendekati Jungkook yang sedang berdiri di kaunter dapur sambil menunggu ramyeonnya kembang.

"Lama dah, aku masuk ikut pintu dapur sebab nampak kau dengan noona borak. Malas kacau." Goeun tersenyum. Sebaik sahaja dia berdiri di sebelah Jungkook, pinggang lelaki itu dipeluknya. Matanya jatuh pada ramyeon yang sedang menggelegak.

Sugar Daddy [16+]Where stories live. Discover now