- 열 일곱 -

2.2K 268 27
                                    

Ramai ke yang rindu Sugar Daddy😂



Air mata yang tak henti mengalir buatkan aku dah malas nak tepis lagi. Pandangan di depan aku sangat sukar untuk dipercayai. Aku tak dapat nafikan. Eomma dah berubah. Dah berkali dia bawa masuk lelaki dalam rumah dan tidur dengan diorang atas katil eomma pernah tidur dengan appa dulu.

Aku kecewa.

"Goeun, stop crying." Aku tak mampu. Usapan hangat Jungkook di belakang aku tak dapat redakan sakit sebak yang hinggap di dada. Aku betul-betul sakit hati dengan eomma. Tak dapat nak bayangkan macam mana kecewanya appa bila dapat tahu eomma buat semua ni.

"Kim Goeun."

Tubuh aku akhirnya dikalih menghadapnya. Aku tak mampu mengangkat kepala untuk pandang wajah Jungkook. Aku rasa down sangat-sangat. Saat tubuh aku ditarik ke dalam pelukannya, tangan aku genggam kuat baju Jungkook.

"Aku dah cakap dah, jangan intip apa eomma kau buat. Kau degil. Sekarang aku nak pujuk pun tak function dah." Leteran Jungkook sedikit sebanyak buat aku rasa terhibur. Dia tak pernah gagal nak tenangkan aku. Lawak hambar dia selalu menjadi waktu-waktu macamni.

"Dah la, kita dah tak boleh buat apa Goeun. Itu jalan yang eomma kau pilih." Rambut aku diusapnya perlahan. Aku mengangkat wajah, memandang Jungkook yang sedang tersenyum memandang aku.

"Saya cuma takut kita tak bahagia Jungkook." Tangannya naik bermain dengan kening serta serata wajah.

"Kita tak cuba jadi kita tak tahu Goeun. Mungkin lepas kita kahwin eomma kau boleh berubah? Mana tahu bila kau bawa anak kita jumpa dia ke kan?" Aku menahan senyum. Jungkook menarik tangan aku masuk ke dalam kereta. Walaupun sedang memandu, tangannya tak lepas memegang tangan aku.

"Esok kita try baju wedding okay?" Aku mengangguk. Tak sangka kurang dari dua minggu aku bakal menjadi isteri kepada Jeon Jungkook, lelaki yang aku cintai. Pertemuan pertama kami mungkin kelihatan sangat biasa, tapi jalan cerita kami agak sukar.

Mungkin nanti bahagia akan berjaya kami kecapi bersama.

⚔️ SUGAR DADDY ⚔️

Bersama bibir yang sedang mengukirkan senyuman lebar, matanya tak lepas memandang Goeun melayan customernya dengan mesra. Senyuman manis tak lekang dari bibir teman wanitanya buatkan dia turut ikut tersenyum.

Tangannya membawa keluar telefon dari poket dan mula merakam Goeun dari jauh. Dah sepuluh minit dia duduk di situ memerhati, sebab lagi 30 minit kafe akan ditutup jadi bolehlah dia bawa Goeun balik rumah.

Latte panasnya dihirup sehingga habis dan dibawa ke kaunter.

"Awak nak refill kopi lagi ke?" Soalan Goeun dibalas dengan gelengan. Selepas beberapa saat dia beralih ke tempat duduknya semula dan menunggu, telefonnya dibuka saat menerima mesej dari seseorang.

Bibir melepaskan keluhan. Gambar yang diterimanya segera dipadam dan telefonnya ditutup. Dah seminggu sejak kejadian Goeun menangis depan rumah ibu dia haritu, tak henti-henti Jungkook menerima gambar tak senonoh dari bakal ibu mertuanya.

"Termenung kan apa sampai tak sedar noona duduk depan ni, Jeon Jungkook?" Teguran seseorang ni hadapannya buatkan dia tersedar dari lamunan. Liur ditelan payah. Serta merta dahinya menghasilkan kerutan sekaligus matanya menjeling perlahan.

"Kau buat apa dekat sini?" Sempat matanya mengerling gerangan bayi di dalam dukungan wanita di hadapannya. Keluhan terlepas. Sedikit sebanyak wajah bayi tu dapat lembutkan hatinya.

Sugar Daddy [16+]Where stories live. Discover now