1 🦢❤️

852 102 1
                                    

Aku menatang kek yang berlilin sambil mengatur langkah menuju ke satu bilik yang biasa dia habiskan masa membuat kerjanya. Dari jauh lagi aku sudah mendengar bunyi piano merdu. Begitu sayu dan lemah sahaja bunyinya. Instrumental yang begitu sedih sekali. Aku tahu, dia memang sedang bersedih kerana ibunya baru sahaja meninggal dunia kerana kanser hati tahap 4. Oleh kerana itu, aku di sini untuk menceriakan hari-harinya. Rasa tak sabar nak tunggu hari bahagia aku dan dia nanti. Sebulan saja lagI!

"Yoongi?" Aku ketuk pintu bilik sekali dua dengan sebelah tangan masih menatang kek. Mendengar tiada respon dari dalam, aku pulas sahaja tombol pintu. Tidak berkunci.

Aku dapat melihat Yoongi menoleh, bunyi instrumental dari piano yang dimainkannya tadi terus terhenti. Aku tersenyum ke arahnya dan dia cuma membalas nipis senyuman aku biasa sahaja.

"What is that?"

"Cake."

"My birthday ke hari ni?"

Aku menggeleng. Tak, hari ni bukan hari jadi dia. Aku menutup pintu bilik Yoongi dengan kaki dan berjalan ke arahnya sambil membawa kek berlilin itu. Berhati-hati agar tidak terpadam api lilin.

"Make a wish first and then tiup lilin tu." Ujarku. Aku menghalakan kek tersebut ke wajah Yoongi. Dia jelas tersenyum lebar kali ini. Aku gembira melihat dia begitu. Dia pejamkan mata dan dalam 5 saat kemudian, dia kembali buka mata. Lilin ditiup. Terpadam semuanya. Aku tersenyum lebar.

"Thank you.. for being with me for 10 years." Jelas sekali wajahnya terkejut mendengar aku mengucapkan ayat itu. Tangan naik menepuk dahi. Aku ketawa.

"I'm sorry, my baby Lily. Saya lupa hari ni... 10 year of us. But seriously, 10 years already?" Soalnya tidak percaya. Aku mengangguk laju. Aku letakkan kek di atas piano dengan selamba. Cuma aku yang boleh buat macam tu. Orang lain? Bakal dipancung oleh lelaki dingin ini.

"It's okay, sayang. Sekarang dah ingatkan?" Aku melabuhkan punggung di atas ribanya sambil memeluk bahu lelaki ini. Yoongi kerdip mata sekali dan senyum. Dia menarik kepala aku dan kami berciuman buat seketika.

"Thank you so much, Lily. You are my happiness, my future wife and my other half." Ucapnya. Aku semakin suka mendengar. Walaupun ucapan itu sentiasa menjamah cuping telinga namun aku tahu, setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Yoongi benar-benar ikhlas dan dia maksudkan perkara itu. Yoongi seorang lelaki yang agak dingin dan tahap sarkastiknya lebih tinggi dari manusia lain. Apa sahaja perkara yang tidak kena dengan selera dan tekaknya, pasti tidak akan dihiraukan. Namun jika ulas bibir itu mengeluarkan ayat manis, itu tandanya memang benar dia maksudkan.

"Most welcome, sayang. Nak makan kek tak?" Aku bertanya kepada dia. Yoongi memandang kek seketika dan kemudian mengalihkan anak matanya kepada aku. Aku angkat kening, menanti jawapan. Susah betul nak buat keputusan. Makan kek je pun.

"Nak. Tapi saya tengah diet."

"Euw!" Aku menayangkan wajah jengkel. Yoongi ketawa.

"Kenapa nak diet? Kan dah kurus ni." Aku raba jawline Yoongi. Terasa ditangan betapa sharpnya jawline itu.

"Perut dah buncit." Dia berbisik. Aku ketawa. Spontan tangan aku menepuk bahunya.

"Mengada."

"Cuba rasa ni. Dah macam mengandung 8 bulan." Bersahaja Yoongi menarik tangan aku dan meletakkan di atas perutnya. Aku ketawa besar sebaik sahaja tangan aku mencecah perutnya. Aku dah agak dah, bukan buncit pun. Yang aku dapat rasa cuma otot perutnya yang menimbul. Bukan yang keterlaluan seperti orang bina badan, ada otot macam tuala bergulung tu, macam coklat cadbury. Yoongi sekadar ada buat syarat. Perempuan lain tengok pun tetap meleleh air liur.

"Sengaja nak suruh pegang six pack ke?"

Yoongi ketawa besar. "Tak suka ke?"

"Ish!" Aku menampar bahunya dan dia menyeringai sakit. Tidak semena-mena tubuh aku dirangkul erat.

"Yoongi..."

"Hmm.."

Aku diam seketika sebelum mengajukan soalan. "Awak wish apa tadi?"

Aku menolak bahunya untuk memandang wajah Yoongi yang tadi berada di leher. Aku melihat wajah itu lama sambil senyum. Tidak dapat menutup rasa bahagia yang begitu menggila.

"Kenapa nak tahu?" Soalnya.

"Saja." Dia ketawa kecil. Aku masih menanti jawapan.

"Saya nak cinta kita tetap kekal walaupun kita berpisah jauh nanti. Tak kisahlah sejauh mana pun, cinta saya tetap untuk awak, cinta awak tetap untuk saya." Ujarnya. Aku terdiam seketika dan cuma tersenyum. Agak terkesan dengan ayat itu sebenarnya. Aku tidak bertanya kenapa. Biarlah itu menjadi rahsia hati Yoongi sahaja. Melihat dia tenang begini aku sudah merasa senang hati. Tidak seperti ketika dikhabarkan ibunya meninggal dunia. Aku pun tak berani nak dekat waktu itu. Risau aku pula menjadi penyebab dia terganggu dan emosinya bercampur aduk.

"Saya cintakan awak, Lily." Aku ketawa mendengar suara itu berdengung di telinga aku kerana dia menekup mukanya pada bahu.

"Saya cintakan awak juga, Yoongi."


* * * * * * *

Terima kasih sebab sudi nak baca cerita merepek saya yang ekspress ni HAHAHAH. Tak tahulah kenapa tulis ff ni. Ada satu malam tu sedih tetiba, badmood, rasa nak bergaduh je dengan semua orang pastu terfikir idea ff ni. And then saya terus buat, jadikan fanfic lengkap siap nangis2 malam tu sambil menaip HAHAHHAAH. Lepas settle semua bab, saya booking cover dengan personal editor saya flwriesy, siap je cover tu terus saya pindahkan dari word ke wattpad pula. Tapi jangan expect too much dengan ff ekspress macam ni sebab saya merepek je lebih HAHHAHAHA. Kalau rasa macam "ish macam tak logik je citer ni." haaa jangan peliklah sebab saya memang pelik orangnya HAHAHA! Thank you muah2. 

[COMPLETED] It Hurts To Say Goodbye 작별 인사 하는게 아파 (Yoongi BTS)Where stories live. Discover now