5 🦢❤️

490 78 7
                                    

Aku memandang cermin besar di bilik. Baju pengantin berwarna putih suci kini sudah melekat kemas pada tubuh aku. Sepatutnya aku bahagia dan tersenyum lebar. Tetapi rasa susah hati yang aku terima. Aku rasa tidak tenang, takut, berdebar dan ingin menangis kuat tetapi tidak tahu puncanya apa.

Drtt.. drtt...

Mata aku terus tertumpu ke arah iPhone yang berada di atas meja solek. Melihat nama Yoongi muncul di skrin, serta-merta senyuman aku melebar. Aku capai iPhone tersebut dan terus membuka mesej dari Yoongi.

I'm waiting you...

"Argh!!!" Aku tidak dapat membendung rasa teruja. Dia tunggu aku. Yoongi tunggu aku!

Aku terus capai semula alat solek atas meja dan kemaskan solekan pada wajah. Biar nampak berseri dan semula jadi walaupun aku mengenakan solekan agak tebal dari biasa. Baju pula aku betulkan. Mana yang tak berbutang aku kemaskan, mana yang terlebih aku simpan supaya tidak kelihatan.

Kemudian setelah selesai, aku capai kunci kereta dan terus turun ke tingkat bawah untuk bergerak ke dewan perkahwinan. Rasanya tidak pernah lagi bakal pengantin memandu sendiri ke lokasi perkahwinan. Aku lah satu-satunya yang buat macam tu. Pengantin lain pergi bersama keluarga tapi aku pergi membawa diri. Paling OP!

Aku menanti dengan sabar untuk tiba ke lokasi. Dengan lampu isyarat merah memanjang, dengan kereta tak pernah lengang, aku rasa seperti mahu angkat kereta dan terus terbang ke dewan perkahwinan.

"Saya tak sabar nak kahwin dengan awak, Yoongi. 10 tahun saya tak sia-sia!" Aku tersenyum lebar. Rasa macam nak menangis pun ada. Maksudnya Yoongi memang tengah tunggu aku rupanya. Punyalah aku sangka dia merajuk sampaikan tak telefon dan tak mesej.

Setibanya di dewan perkahwinan, aku parkir kereta di tempat yang disediakan. Melihat kemeriahan itu, rasa debar aku kian terasa. Betapa ramainya tetamu yang hadir, memenuhi ruangan dewan ini. Rasa berdebar nak berjalan depan orang ramai, nak menghadap paderi yang bakal kahwinkan kami berdua.

Enjin kereta aku matikan, kemudian aku keluar sehelai sepinggang. Aku tak pakai veil, cukup sahaja gaun pengantin simple ini. Sekali pandang tak macam gaun pengantin pun kerana ianya terlalu simple. Tak meleret mencecah tanah dan tak terlalu ketat sehingga susah hendak berjalan. Ini pilihan Yoongi.

Aku menapak dengan kasut tumit tinggi 4 inci mendekati pintu dewan. Sejujurnya, aku tak pernah kenal pun tetamu yang ada sehingga meleret-leret ke luar dewan ni. Macam terlalu muda dan gaya mereka pun tidak sama seperti umur-umur aku yang 27 tahun ini. Aku majukan langkah dan melewati mereka.

"Cantik gila Hana! Untunglah dia dapat kahwin dengan lecturer sendiri." Langkah aku terus terhenti mendengar bisikan gosip dari sekumpulan remaja yang sedang berdiri di tepi pintu dewan. Aku agak tertarik untuk pergi ke arah mereka tetapi teguran seseorang menarik perhatian aku.

"Cik, drink?" Aku memandang ke arah pelayan lelaki yang menghulurkan aku minuman. Aku agak tergamam sebenarnya kerana aku datang ke sini sebagai pengantin perempuan tetapi kenapa aku pula yang dilayan seperti tetamu? Aku bingung sendiri, aku cuba mencari kelibat Yoongi. Tetapi tetamu terlalu ramai sehinggakan aku rasa seperti hendak pitam.

"Aku salah tempat ke ni?" Sehinggakan aku berfikir sebegitu rupa kerana bingung. Aku maju lagi ke hadapan sehinggalah tiba di satu meja kosong yang tiada sesiapa pun duduk. Aku duduk di situ. Tergerak hati nak telefon Yoongi tetapi aku terlupa, aku tak bawa telefon bimbit bersama.

Aku perhatikan hiasan dewan, hiasan meja makan VVIP dan tetamu, reka bentuk dan tema perkahwinan. Semuanya memang pilihan aku dan Yoongi. Aku memang kenal kerana warna tema untuk majlis perkahwinan kami berdua ialah putih dan baby blue. Aku mengenakan perhiasan rambut warna baby blue menandakan memang betul inilah tempatnya. Tapi kenapa...

"Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin dan hadirat sekalian, diminta semua tetamu mengambil tempat masing-masing kerana majlis perkahwinan antara Min Yoongi dan Park Hana bermula sekarang. Terima kasih."

Darah aku serta-merta naik ke kepala. Pengumuman yang kuat itu menjamah cuping telinga aku, aku tersentak lama sehinggakan mata aku tanpa sedar berkaca. Aku memandang ke belakang pentas paderi dan pengacara majlis yang dihias cantik. Dari jauh aku dapat menangkap susuk tubuh seorang lelaki yang lengkap berbaju tuxedo. Aku kenal dia.

"Min Yoongi."

Aku tak puas hati, aku menoleh ke belakang. Dada aku macam nak pecah. Perempuan itu.. perempuan yang masuk ke rumah Yoongi dan perempuan yang sama yang memasak di rumah Yoongi ketika dia menghantar makanan tetapi ditolak mentah-mentah. Perempuan itu ialah Hana, pelajar Yoongi sendiri.

"Awak kahwin dengan.. perempuan lain?"

[COMPLETED] It Hurts To Say Goodbye 작별 인사 하는게 아파 (Yoongi BTS)Where stories live. Discover now