11 🦢❤️

579 82 3
                                    

Hati seorang lelaki bernama Min Yoongi hancur berderai begitu sahaja. Melihat sekujur tubuh manusia duduk bersandar pada dinding, dengan mata terpejam rapat, terlentok tubuh hampir rebah, dengan rupa wajah yang hampir tidak dapat dikenalpasti, kulit yang sebelum ini putih bersih tanpa cela mulai lebam dan pucat lesi, rambut-rambut mula gugur bertaburan di atas lantai.

Lily...

"Minta semua orang ke tepi." Suara polis dan jabatan forensik mula berbunyi. Mereka seramai hampir 6 orang memasuki bilik Lily. Bau yang tidak enak benar-benar menusuk hidung kerana bilik itu dihuni oleh satu jasad yang sudah tidak bernyawa. Namun ianya tidak menghalang Yoongi untuk melihat dari jauh.

'Lily sayang...' hatinya menangis. Esakannya tanpa suara mula terjadi. Rasa bersalah yang benar-benar tidak terhingga. Dialah punca. Dialah sebabnya Lily mati dalam keadaan duduk. Kurus, lebam, pucat, keadaan tubuh yang memang tidak seperti Lily yang dia kenal.

Yoongi yakin, kematian Lily tidak diketahui oleh sesiapa termasuklah dirinya. Sebulan.. sebulan sangat lama untuk jasad yang tidak bernyawa bertahan sendirian. Dalam keadaan duduk dan tidak berbaring. Entah bagaimana rasa Lily waktu itu.

"Encik." Seorang polis lengkap berseragam menegur. Yoongi mendongak, tanpa disedari air matanya mengalir. Namun pantas diseka dengan belakang tangan. Tubuh cuba ditahan pada dinding.

"Ya, encik."

"Keluarga si mati ke?"

Yoongi mengangguk. "Ya. Saya... keluarga dia."

"Kami akan bawa mayat ke jabatan forensik untuk dibedah siasat. Untuk kami cari punca kematian, berapa lama tempoh kematian dan sebagainya. Kemudian, barulah encik buat keputusan sama ada nak tuntut atau sebaliknya." Kata anggota polis tersebut. Entah kenapa, dada Yoongi terasa nak pecah. Dia seakan tidak percaya Lily meninggal dunia. Lily kekasihnya... meninggal dunia.

"Encik boleh ikut kami ke jabatan forensik kalau nak."

"Saya ikut."

Anggota polis tersebut mengangguk dan menerima arahan. Kemudian dia masuk kembali ke dalam bilik. Yoongi terduduk. Sudah tidak dipedulikan jiran-jiran Lily dan orang ramai yang memehuhi luar rumah. Ingin melihat dan mengetahui kejadian sebenar tetapi dia yakin pasti sudah ramai mengetahui hal tersebut.

Lily mati kerana dia.

Dia yang buat Lily hilang arah dan pergi tanpa dapat dikesan.

10 tahun kisah silam terus terkubur, mengikut jejak langkah kekasihnya yang tidak akan datang lagi menyentuhnya seperti dulu.

Yoongi menangis lama, melihat sekumpulan anggota bertugas mengusung jasad Lily yang bertutup plastik hitam. Rapuh hatinya, lemah jiwanya. Ingin dia mengejar dan mendakap jasad tidak bernyawa itu erat namun pasti akan ditahan. Bau yang menusuk hidung langsung tidak mengalihkan Yoongi dari situ.

Lily sayang... maafkan saya.

[COMPLETED] It Hurts To Say Goodbye 작별 인사 하는게 아파 (Yoongi BTS)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora