Dua minggu berlalu begitu sahaja, esok merupakan majlis perkahwinan aku dan Yoongi. Tetapi sekalipun Yoongi tak telefon atau mesej aku walau sepatah perkataan pun. Dua minggu aku tak berasa lapar. Aku cuma alas perut dengan air kosong sahaja dan kesannya.. aku sakit.
Aku berbaring mengiring di atas katil bilik. Air mata yang mengalir aku seka kasar. Walaupun terasa seperti seorang kanak-kanak menangis ditinggal ibu dengan bibir tercebik, aku tak peduli. Kesedihan aku tidak akan habis selama dua minggu ini. Esok dah nak kahwin tapi pengantin lelakinya pula berperangai pelik.
Aku merenung skrin iPhone yang menyala. Tertayang wajah beku Yoongi yang aku cinta selama 10 tahun ini. Aku dan Yoongi bercinta dari umur 17 tahun sehingga kini umur aku mencecah 27 tahun. Cinta pertama aku dan aku selalu berdoa agar dialah yang terakhir. Cuma aku tidak pasti sama ada benar-benar dia yang terakhir atau pun tidak.
Dari kecil, aku memang hidup sendirian. Uruskan hidup sendiri di rumah pengasuh. Aku tak pernah tahu siapa keluarga aku dan aku berasal dari mana. Apa yang aku tahu, nama aku cuma Lily sahaja. Tiada nama keluar di hadapan dan tiada waris tertulis dalam surat beranak. Aku pun tak ada adik-beradik.
Hidup aku cuma seorang diri sahaja jika Yoongi tiada. Aku uruskan hidup sendiri, berdikari sendiri, menubuhkan perniagaan kedai bunga sendiri dengan hasil titik peluh aku. Semua itu aku boleh buat sendirian tanpa ada sesiapa pun yang bantu. Tetapi hadirnya Yoongi di dalam hidup benar-benar membuatkan aku rasa hidup aku tidak kosong dan bosan. Setiap apa yang aku berjaya capai, segala apa yang aku mampu buat, dia akan ucapkan tahniah. Dia menghargai aku dengan segala kata-kata semangatnya meski dia dingin seperti ais.
Hilangnya dia dalam hidup aku untuk dua minggu ini, berubahnya dia tanpa dapat aku kenalpasti kenapa sangat mengganggu hidup. Aku rasa hidup aku benar-benar berubah 360 darjah tanpa dia di sisi meski aku mampu buat semuanya sendirian.
Air mata mengalir lagi. Aku cuba kuatkan diri dan hati agar menempuhi dugaan berat ini dengan sabar dan reda. Mesti Yoongi ada masalah sehinggakan dia berubah sikap begitu.
Esok hari bahagia aku dan dia. Aku tidak tahu apa akan jadi esok tetapi yang pasti, aku akan bersiap sedia juga untuk ke tempat perkahwinan. Siapkan diri sendiri dengan pakaian pengantin tanpa perlukan sesiapa untuk mencantikkan aku. Aku cuma berharap apa yang aku alami ini akan berakhir dengan pantas. Aku tidak mampu bertahan lebih lama lagi. Aku terlalu cintakan Min Yoongi.

YOU ARE READING
[COMPLETED] It Hurts To Say Goodbye 작별 인사 하는게 아파 (Yoongi BTS)
FanfictionRupa-rupanya selama 10 tahun ini aku tidak ditakdirkan untuk dia. Dia yang bernama.. Min Yoongi.